/

Antibiotik bukan penawar jangkitan salur kencing

SELAMA ini antibiotik dilihat sebagai rawatan terbaik bagi masalah jangkitan salur kencing membabitkan kanak-kanak. Ia dikatakan berupaya mencegah masalah yang sama daripada berulang.

Bagaimanapun, laporan Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati penggunaan antibiotik sebenarnya hanya menyebabkan penolakan ubat secara berterusan dan tidak bertindak melindungi kanak-kanak daripada risiko jangkitan salur kencing.

“Ia berita baik kerana ramai kanak-kanak yang terpaksa mengambil antibiotik untuk tempoh yang lama tetapi tidak pun menyelesaikan masalah,” kata Dr Fabienne Wheeler, pakar kanak-kanak dari Northern Westchester Hospital Center di Mount Kisco, New York.

Dianggarkan antara tiga hingga tujuh peratus kanak-kanak perempuan berusia di bawah enam tahun dan antara satu hingga dua peratus kanak-kanak lelaki dalam usia yang sama pernah mengalami jangkitan salur kencing. Laporan terbaru menunjukkan 180,000 kanak-kanak di Amerika mengalami jangkitan itu setahun.

Sebahagian daripada mereka turut mengalami masalah vesicoureteral reflux (VUR - aliran semula air kencing daripada pundi kencing masuk ke ureter).

Bagi kes kanak-kanak VUR, garis panduan perubatan menyarankan mereka diberi antibiotik sebagai rawatan harian untuk mencegah kes jangkitan. Bagaimanapun, pemberian antibiotik bukan jaminan mereka tidak akan dijangkiti pada masa depan.

Kajian itu membabitkan 611 kanak-kanak di bawah usia enam tahun yang mengalami masalah jangkitan kencing dan 83 kanak-kanak yang menderita jangkitan saluran kencing yang berulang.

Apa dia masalah jangkitan salur kencing?

Jangkitan salur kencing berlaku apabila bakteria daripada sistem pencernaan melekat pada pembukaan uretra sebelum mula membiak (multiply). Bakteria berkenaan kemudian masuk ke pundi kencing dan buah pinggang. Keadaan ini menyebabkan berlaku radang pundi kencing. Ia membengkak dan kanak-kanak itu akan terasa sakit pada bahagian bawah perut dan sisi tubuhnya. Jangkitan pada pundi kencing itu disebut ‘cystitis’.

Jika bakteria masuk ke buah pinggang, jangkitan buah pinggang akan berlaku. Jangkitan ini selalunya disertai rasa sakit dan demam. Jangkitan buah pinggang lebih serius berbanding jangkitan pundi kencing.

Selain orang dewasa, jangkitan salur kencing juga boleh terjadi pada bayi dan kanak-kanak. Simptom dan sebabnya bergantung pada usia kanak-kanak itu. Di kalangan bayi, jangkitan saluran kencing boleh menyebabkan komplikasi yang serius.

Bagaimanapun, semua simptom ini tidak begitu ketara di kalangan kanak-kanak. Malah, kanak-kanak juga sukar menceritakan apa yang mereka rasa. Menangis dan mengadu mengenai kesakitan setiap kali membuang air kecil mungkin simptom yang paling ketara.


FAKTA: Jangkitan salur kencing

> SIMPTOM
  • Rasa sakit dan terbakar ketika kencing
  • Kencing kerap dengan jumlah yang sedikit
  • Demam
  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Gelisah
  • Kurang aktif
  • Sakit perut
  • Sakit belakang
  • Kencing dalam seluar
  • Kencing berbau busuk
  • Kencing berdarah

> PUNCA:
  • Menahan kencing untuk masa yang terlalu lama
  • Bagi kanak-kanak perempuan, menyapu tisu daripada belakang ke depan
  • Lampin yang tidak bersih atau lembap
  • Memakai pakaian ketat terutama bahagian dalam
try , Rabu, Julai 18, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog