2+4 hrs...Twogether Fourever

/

7 keajaiban baru dunia diumum

LISBON: Senarai Tujuh Keajaiban Baru Dunia diumumkan kelmarin, termasuk Tembok Besar China dan Colosseum di Rome yang dipilih hampir 100 juta pengundi menerusi internet dan telefon.

Bagaimanapun pemilihan hasil kempen sebuah yayasan persendirian Switzerland, mengecewakan pakar kebudayaan dunia itu serta tidak disokong agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyelia hal ehwal kebudayaan termasuk penyenaraian kawasan bersejarah dunia.

Turut tersenarai adalah Taj Mahal di India, runtuhan Petra (Jordan); Patung Christ (Rio de Janeiro); tinggalan Machu Picchu (Peru) dan bandar Mayan di Chichen Itza (Mexico) in Mexico.

Keunikan lain yang digugurkan termasuk runtuhan Acropolis di Athens, Menara Eiffel di Paris, patung di Easter Island serta Stonehenge, Britain.

Aktor popular, Ben Kingsley dan aktres Hillary Swank mengacarakan majlis meriah pengumuman senarai baru itu di Stadium of Light, Lisbon yang turut ditonton kira-kira 1.6 bilion orang di 170 negara.

Sebuah yayasan persendirian Switzerland melancarkan pemilihan itu Januari lalu yang memberi peluang kepada pengundi memilih 21 calon yang disenarai pendek oleh satu penal juri.

Kempen yang diusahakan penggiat filem Swiss dan kurator muzium Bernard Weber. Bagaimanapun, Unesco dari awal tidak menyokong kempen itu.

Senarai Tujuh Keajaiban Baru Dunia itu adalah hasil inisiatif pihak persendirian yang tidak memberi sumbangan kepada usaha pemuliharaan kawasan bersejarah itu,” kata Unesco yang berpejabat di Paris dalam satu kenyataan, bulan lalu.

Inisiatif pihak Swiss itu cuba mempopularkan semula Tujuh Keajaiban Baru Dunia. Namun, salah satu daripada senarai Unesco iaitu Piramid di Mesir yang masih tersergam kukuh hari ini, digugurkan.

Tempat bersejarah lain yang disenaraikan Unesco adalah Taman Tergantung Babylon; Patung Zeus di Olympia, Kuil Artemis, Ephesus di Asia Kecil, Mausoleum of Halicarnassus, Colossus of Rhodes dan Pharos of Alexandria. – AFP

try , Ahad, Julai 08, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog