/

Ujian DNA sahkan mumia Firaun Hatshepsut


UJIAN dna ke atas mumia yang dibawa ke Muzium Kaherah dua bulan lalu ini disahkan ia adalah milik Ratu Hatshepsut, Firaun Mesir yang memerintah pada kurun ke-15 sebelum Masehi. – Reuters.


KAHERAH 27 Jun – Pihak berkuasa hari ini mengesahkan mumia yang ditemui sedekad lalu dan disimpan di Muzium Kaherah sebagai Ratu Hatshepsut berdasarkan analisis asid deoksiribonukleik (DNA) dan ujian saintifik struktur giginya.

Ketua Antikuiti, Zahi Hawass berkata, mumia yang ditemui di kawasan perkuburan diraja pada 1903 di Lembah Mesir itu ditinggalkan di tapak penemuan tanpa dikenal pasti identiti hingga dua bulan lalu apabila ia dibawa ke muzium untuk menjalani ujian. “Kami yakin seratus peratus mumia itu milik Firaun Hatshepsut,” katanya kepada The Associated Press.

Menurutnya, DNA dan ujian saintifik gigi yang ditemui dalam kotak peninggalan mengandungi beberapa organ Raja Firaun wanita yang hilang secara misteri.

Hatshepsut adalah raja wanita yang mahu dikenali sebagai Firaun dan berpakaian seperti lelaki. Beliau memerintah Mesir ketika abad ke-15 sebelum Masehi. Ketika kemuncak pemerintahannya pada dinasti ke-18, dia mempunyai lebih kuasa berbanding Cleopatra dan Nefertiti. Namun apabila kuasanya berakhir, kesemua peninggalannya hilang secara misteri termasuk mayatnya.

Sebelum ini, satu lagi mumia yang berada di muzium tersebut sejak beberapa dekad lalu dipercayai sebagai Hatshepsut. Namun Zahi berkata, hari ini pakar mengesahkan bahawa mumia yang dibawa balik dua bulan lalu adalah Firaun Hatshepsut yang sebenar. – AP
try , Rabu, Jun 27, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog