/

Mengapa Hanya Melayu Yang Terhegeh-Hegeh Ke Jom Heboh Anjuran TV3

Oleh mrcoconut

"Demi Masa Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian, Kecuali Orang-Orang Yang Beriman Dan Beramal Soleh Dan Yang Berpesan Dengan Kebenaran Serta Berpesan-pesan Dengan Kesabaran.  -Surah al-ásr

muftiJalan sesak menuju ke Stadium Indera Mulia, parking dikatakan penuh dan ada yang terpaksa mengheret ahli keluarga berjalan hampir 1km semata tak mahu ketinggalan ke karnival Jom Heboh anjuran Tv3.  Bagi mereka persetankan kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dan Majlis Mufti-Mufti yang telah mengharamkan Sure Heboh yang kini Jom Heboh.  Berikut adalah perbualan semasa minum pg dengan sahabat yang hadir ke Jom Heboh di Stadium Indera Mulia.
mrcoconut : Hangpa pi jom heboh ?

yop heboh : Aku pi, hang tak pi ke,  rugi macam-macam adaaa.
swiss roll era fazira pun sedaaap.

mrcoconut : Aku tak pi, pasal harussani kata haram!

yop heboh : ehhhh.. habih, kalau pi kenapa ? bukan pi tengok
konsert, round pameran saja, itu pun tak boleh ke?

mrcoconut : setahu aku dah mufti kata haram tu, haram lah!

yop heboh : ehh.. pandai-pandai lah ngkau!

mrcoconut : Itu lah sebab aku tak teringin nak kesana

yop heboh : Habis ramai orang pegi? pak aji pun ada!

mrcoconut : macam ni lah. ayam yg sembelih tu halal makan tak?

yop heboh : ??!Q# .. halal lah dah sembelih boleh makan

mrcoconut : 
ok, ayam sembelih halal makan, tapi halal tak
                  
ayam sembelih tu kalau letak satu freezer
                 
dengan babi?

yop heboh : ??Q!?/...

mrcoconut : halal ke haram?

yop heboh : Haramlah tapi itu ayam, ini jom heboh

mrcoconut : Ok, masa hang kat sana, hang perasan tak keliling
hang, kiri kanan, depan belakang hang yg bersesak-
sesak semua tu,.. bangsa apa? melayu, cina, india,
jerman?

yop heboh : a'aa laa, Melayu

mrcoconut : haaa.. kalau jom heboh tu tempat yg elok untuk
bawak anak bini jalan, beli belah, tengok pameran
mengapa bangsa yg maju seperti Cina yg kaya, banyak
duit tak pi beli belah kat sana, mengapa tak ramai
bangsa lain yang kesana, mengapa bangsa melayu
saja yang ramai hadir?

yop heboh :
?Q!@$&*..

mrcoconut : Sebab orang melayu leka, suka berhibur, tak tahu
membezakan baik buruk suatu perkara pasal tu lah
Mufti dah kata haram pun pakat pi jugak.

yop heboh : Jadi haramlah aku pi sana?

mrcoconut :
Macam hang kata tadilah, ayam
sembelih kalau letak satu freezer
dengan babi tetap haram walaupun
hang beli balik masak ayam tu saja.

Pasal letaknya ayam tu bersama
babi-babi yang haram!

yop heboh : senyum kambing.


"Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu... " Surah Al-Maaidah, ayat 100.

Pada 30 Julai 2004 Majlis Mufti-Mufti telah memutuskan mereka yang menganjur, menghadiri dan menonton konsert berkenaan adalah juga Haram.  Menariknya ramai yang hadir ke karnival Jom Heboh anjuran Tv3 memberi alasan kenyataan Mufti hanya haramkan konsert dan ramai yang hadir memberi alasan seperti sekadar berkunjung ke gerai-gerai pameran dan membeli belah mana yang patut.  Begitulah asam garam manusia berdolak dalik semata memenuhi desakan nafsu.  Kita letak ketepi dahulu bab hukum tetapi apa yang kita mahu nyatakan di sini adalah pengunjung yang membanjiri karnival Sure Heboh dahulu dan Jom Heboh sekarang.

Kalau diperhatikan sekalian yang hadir membanjiri karnival Jom Heboh berkenaan yang di adakan secara road show majoriti yang kita lihat adalah bangsa Melayu.   Dari muda-mudinya, yang berkeluarga hinggakan pak aji dan mak aji pun hadir sama.  Kita boleh lihat sendiri di kaca tv pada malam konsert utama baik Sure Heboh dahulu dan Jom Heboh sekarang hampir kesemua yang kita lihat adalah bangsa Melayu.  Persoalannya mengapakah hanya bangsa Melayu yang hadir ke karnival Jom Heboh ?  dimanakah bangsa Cina dan India umpamanya.

Jika persoalan hadir semata berkunjung, melawat ke gerai pameran, mengapa bangsa yang memiliki kuasa beli yang tinggi seperti bangsa Cina hampir tidak kelihatan di karnival berkenaan.  Jika karnival Jom Heboh tempat yang baik untuk beli belah dan bawa anak bersantai mengapa bangsa yang boleh kita katakan lebih maju dari Melayu seperti Cina hanya sebilangan kecil yang kita nampak mengunjungi karnival berkenaan.  Di malam konsert utama misalnya padang persembahan penuh dengan pasangan melayu dan ada yang tanpa segan silu berpelukan malah dengan aksi-aksi menjurus ke jalan zina. Pengunjung bercampur lelaki perempuan,  yang tua dan muda, yang berkeluarga dan berpasangan tetapi kebanyakannya bangsa Melayu.  Dimana bangsa lain dan mengapa mereka tidak terhegeh-hegeh seperti orang Melayu berkunjung ke karnival tv3 berkenaan.

Inilah satu persoalan yang amat menyedihkan semua.  Bangsa Melayu leka berhibur dan kerap kali gagal mengimbang antara desakan nafsu dan tuntutan agama.  Memalukan bila bangsa lain yang bukan Islam tidak seberapa untuk hadir ke karnival sedemikian sedangkan dari jalan raya hinggalah ke tapak karnival penuh dengan orang Melayu.

Tanpa kita sedari dalam kita menuntut pembatalan cadangan IFC, dalam kita memperjuangkan isu murtad,  dalam kita keluh kesah usaha muda mudi kita di pesonakan golongan  kristian program-program hiburan sedemikian telah melekakan bangsa Melayu dan orang Islam.  Karnival berkenaan melekakan dan melemahkan orang Melayu dan Islam dari menumpukan isu-isu penting dalam hidup dan masa depan mereka dan di sisi agama.  Anak-anak muda, dewasa lalai dan leka seolah isu-isu besar agama tidak langsung menghantui mereka.  Seolah hadir ke karnival itu satu gah bagi mereka dan satu kepincangan jika tidak menghadirinya.

Sedangkan dalam gerombolan manusia yang penuh sesak itu penuh dengan muka-muka kulit sawo matang, hampir kebanyakannya Melayu!

Dalam hal ini usaha Pas Perak yang amat lah dipuji.  Relawan Pas yang terdiri dari unit amal dan Pemuda telah turun menabur khidmat dengan mengedar risalah keratan akhbar kenyataan Mufti Perak dan Majlis Mufti yang memutuskan Sure Heboh atau Jom Hehoh itu haram.  Haram pada yang menganjur, juga haram pada yang menghadirinya.

Melayu Islam sepatutnya peka akan hal ini.  Amat memalukan bila bangsa Melayu lebih terkehadapan dalam program hiburan berbanding program-program lain yang lebih bermanfaat pada bangsa dan agama sendiri.


Melayu yang hadir sepatut nya malu dan sedar akan apa yang telah mereka lakukan.


"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.  Tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata,  dan mereka tidak lain hanyalah berdusta"  al-an'am, ayat 116

Wassalam.
try , Khamis, Mei 10, 2007 | 4 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

4 ulasan :

  1. Melayu mudah lupa. Mungkin ramai yang hadir telah lupa akan fatwa yang dikemukan oleh SS Mufti Perak dan juga Majlis Fatwa. Atau mereka mungkin juga tidak tahu akan fatwa sedemikian seperti sahabat anta.

    Bagi ana, ana rasa geli-gelaman bila tertonton konsert sure heboh tempohari. Bila dah geli geleman maka tukarlah siarannya.

    BalasPadam
  2. lupa tapi pergi juga. wallahu'alam.

    BalasPadam
  3. sure heboh haram lalu ditukar jom heboh..
    jom heboh tak boleh dibuat di negeri yang pegangan Islamnya tinggi? tapi dibuat perkampungan hadhari..
    jom heboh untuk semua artis termasuk yang tak tutup aurat tapi perkampungan hadhari untuk semua artis termasuk yang bertudung..
    TV3 ni hanya tau nak promosi hiburan ke? Astro dah memang sinonim dengan hiburan realiti, RTM pun nak ikut sama?
    Apa tindakan kita semua?
    Kalau tak suka Denmark & Belanda, kita cuba boikot barangannya sedangkan barang tersebut telah lama kita gunakan, mungkin sejak penulis sendiri mula menjengah ke dunia..
    Jadik kalau tak suka Astro, kita batalkan subscription, jimat poket bulanan.. tapi kalau tak suka TV3 dan RTM, tv apa pulak nak tengok??
    TV9 boleh dikatakan hampir 60%-70% programnya Islamik tapi kenapa malam Jumaat disiarkan program nyanyian oleh Artis tempatan lelaki atau wanita, bertudung atau terbuka auratnya..
    Adakah TV9 yang boleh mendaulatkan Islam di Malaysia? Adakah Astro Oasis juga memadai?
    Mana halatuju TV kita di Malaysia ni?

    BalasPadam
  4. assalamualaikum,sesungguhnya sesiapa yang berpegang dengan tali allah s.w.t sekukuh-kukuhnya insyallah mereka tidak akan sesat untuk selama-lamanya.oleh itu orang-orang melayu haruslah sedar bahawasanya maju mundur bangsa itu adalah bergantung kepada bangsa itu sendiri.fikir-fikirkanlah.

    BalasPadam

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog