2+4 hrs...Twogether Fourever

/

DEMOKRASI : Satu Perangkap??

“Jika kita mahu melindungi Negara kita dalam jangka masa yang panjang, hal yang terbaik yang harus dilakukan adalah menyebarkan kebebasan dan demokarasi.”-Bush,6/11/2004

Itulah petikan kata-kata Bush laknatullah di majlis rasminya suatu ketika dahulu. Nah, bagi orang yang tidak biasa berfikir secara politik yang mendalam, sementelah lagi orang-orang biasa yang jarang berfikir dan kurang berminat tentang hal-hal semasa, bagi mereka ini adalah ucapan biasa seorang pemimpin dunia. Namun berbeza sekali halnya bagi orang yang berfikir secara mendalam dan amat mengambil peduli akan hal-hal umat manusia nescaya mereka akan cukup memberi perhatian akan ucapan ini. Ucapan ini pasti penuh dengan muslihat dan tipu daya kerana ucapan Bush jelas menyatakan DEMI KEPENTINGAN AMERIKA, IDEA KEBEBASAN DAN DEMOKRASI HARUS DISEBARKAN!!!

Apa Ada Dengan DEMOKRASI?

Wajib bagi seorang muslim itu setiap kali dating sesuatu idea perlu memahaminya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan hukum tentangnya.

DEMOKRASI adalah berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘Demos’ dan ‘Kratos’. ‘Demos’ bermaksud pemerintahan manakala ‘Kratos’ bermaksud rakyat. Maknanya Pemerintahan Rakyat. Kata-kata terkenal bapa demokrasi Amerika, Abaraham Lincoln menjelaskan lagi maksud demokrasi iaitu “Dari manusia, oleh manusia, dan untuk manusia”. Jelas sekali demokrasi itu meletakkan manusia pembuat hukum. Ini jelas sekali apabila kita memerhatikan hampir semua negara mempunyai rumah undang-undang seperti parlimen, kongress, knesset dan sbgnya dimana wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat bersidang untuk membuat hukum. Kedaulatan hukum jelas sekali ditangan manusia. Demokrasi menjunjung penuh kebebasan manusia iaitu kebebasan perilaku, kebebasan ekonomi, kebebasan berfikir dan kebebasan beragama.

Ini amat bertentangan sekali dengan Islam yang mana Hukum itu hanyalah hak Allah untuk menentukannya.

Maksud Firman Allah SWT : “Sesungguhnya hukum itu hanya milik Allah”.

Maksud firman Allah SWT lagi : “Dan hendaklah engkau memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah engkau mengikuti keinginan mereka..” –TMQ Al-Maidah:49

Islam mempunyai metod yang sudah jelas bagaimana hukum diambil dan diterapkan kepada masyarakat (merujuk kepada kepada fiqih).

Maka, haram bagi umat Islam mengambil, menerap dan seterusmya menyebarluaskan demokrasi ini krn terbukti sama sekali Demokrasi adalah nizham (sistem) kufur.

Demokrasi memerangkap??

 

Merujuk kpd tajuk, adakah demokrasi ini memerangkap umat Islam terutamanya gerakan-gerakan Islam yang berjuang untuk mengembalikan kehidupan Islam.

 

Dr Ariel Cohen (www.heritage.org/about/staff/ArielCohen.cfm) dalam usahanya untuk menghentikan pengaruh gerakan-gerakan Islam seperti Hizbut Tahrir, Al-Qaeda dan sbgnya di Asia Tengah telah memberi cadangan supaya disuburkan demokrasi dan meningkatkan partisipasi rakyat dlm demokrasi. Ini kerana apabila ruang dibuka lebih luas untuk rakyat menyuarakan pendapat dan kemahuan mereka maka ini membantu dalam mengurangkan peluang rakyat untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti radikal. Ini juga dapat mengurangkan sokongan dan simpati rakyat terhadap gerakan-gerakan Islam ini. Seterusnya, cadangannya lagi dorongan kepada gerakan-gerakan Islam untuk melibatkan diri dalam politik demokrasi harus digiatkan.

 

Maka apabila diteliti secara mendalam sebenarnya tidak aneh demokratisasi dan kebebasan paling sering dilontarkan oleh kuffar barat dan para pendokongnya. Ini kerana jelas sekali demokrasi bisa menghilangkan pengaruh gerakan Islam.

 

Sudah banyak gerakan Islam yang asalnya utuh teguh dengan prinsip akhirnya luntur setelah terjebak dalam ‘lumpur’ demokrasi iaitu :

 

  1. Matlamat menghalalkan cara;

  2. berkoliasi politik bukan atas kesamaan ideologi demi untuk meraih undi;

  3. tunduk kpd kekufuran ;

  4. melupakan fungsi utama iaitu memberi edukasi politik dan sosialisasi politik iaitu tidak menyedarkan umat untuk bangkit merubah segala sistem kufur dan suasana kufur yang ada;

  5. terlibat dalam ‘money politic’;

  6. konflik sesama umat (contoh Hamas dan Fatah) dan sebagainya,


 

Jelas sekali ini yang telah melanda gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia yang telah melibat dalam politik kufur yang bernama DEMOKRASI .

 

Paling menyedihkan, demokrasi ini telah menyebabkan umat frustasi kerana sudah sekian lama gerakan-gerakan Islam melibat dlam DEMOKRASI pun masih gagal untuk meraih kekuasaan untuk menerapkan Islam, malah ada juga yang sudah menang tapi dirampas kuasa oleh tentera spt yang berlaku di Turki dan Algeria. Yang menyedihkan lagi ada juga yang berjaya mendapat majoriti di parlimen namun gagal menerapkan Islam seperti yang berlaku sekarang di Turki.

 

Maka, masihkah anda berharap dengan DEMOKRASI???
try , Rabu, Mei 30, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog