/

Tuanku Mizan Keturunan Bendahara Paduka Sri Maharaja Johor

KUALA TERENGGANU, 25 April (Bernama) - Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin merupakan generasi ke-10 pengasas Kesultanan Terengganu, iaitu Sultan Zainal Abidin I, menurut Salasilah Sultan-Sultan Terengganu.

Tuanku Mizan, yang diputerakan pada 22 Jan 1962, menaiki takhta kerajaan Terengganu setelah ayahanda baginda mangkat pada 15 Mei 1998 di Singapura, dan ditabalkan sebagai Sultan Terengganu pada 4 Mac 1999, iaitu semasa berusia 37 tahun.

Menurut buku cenderamata Pertabalan Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu, Tuanku Mizan adalah daripada keturunan Bendahara Paduka Sri Maharaja Johor, Tun Habib (Habab) Abdul Majid iaitu Bendahara ke-20 Johor, kerana Sultan Zainal Abidin I ialah putera Tun Habib atau dikenali juga dengan panggilan Bendahara Padang Saujana.

Mengikut buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu pertama oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas perintah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Riau-Johor manakala sumber yang lain pula menyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu oleh Raja Patani Phra Nang Chau Yang.

Mengikut Hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Patani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu sekitar tahun 1688 dan ketika di Patani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat Phra Nang Chau Yang.

Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada 1708 berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin dan baginda memerintah sehingga 1733.

Sultan Zainal Abidin I digantikan putera baginda, Ku Tana Mansur yang menggunakan gelaran Sultan Mansur I pada 1733, yang ketika itu berusia tujuh tahun dan baginda telah memerintah Terengganu selama 60 tahun sehingga 1793.

Sultan Mansur I digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin II yang memegang tampuk pemerintahan dari 1793 hingga 1808, dan semasa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Raja Kelantan Long Muhammad ibni Long Yunus.

Terengganu dikalahkan, dan Kelantan telah berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu.

Selepas Sultan Zainal Abidin II, Sultan Ahmad telah memerintah Darul Iman dari tahun 1808 hingga 1830, kemudian diambil alih oleh Sultan Abdul Rahman (4 Julai 1830 hingga 31 Dis 1830), Sultan Daud (1830-1831), Sultan Mansur II (1831-1837), Sultan Muhammad (1837-1839) dan Sultan Omar (1839-1876).

Sultan Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada 1831 menggantikan Sultan Daud tetapi baginda diturunkan daripada takhta kerajaan oleh Tengku Mansur yang memakai gelaran Sultan Mansur II yang kemudiannya digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad.

Pada 1839, Sultan Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki semula takhta kerajaan Terengganu, dan semasa zaman pemerintahan baginda, Terengganu telah berkembang maju.

Setelah Sultan Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diambil alih Sultan Ahmad Shah II yang memerintah dari 1876 hingga 1881, dan baginda digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III.

Semasa zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918), kerajaan British yang menjajah beberapa buah negeri Tanah Melayu telah cuba beberapa kali untuk melibatkan diri dalam pentadbiran kerajaan Terengganu.

Melalui Perjanjian Bangkok 1909, iaitu perjanjian antara kerajaan Siam dan British, kerajaan British mendakwa Terengganu kini di bawah pentadbirannya.

Hanya pada tahun 1910 Terengganu menandatangani perjanjian dengan kerajaan British untuk menerima wakil British, bagaimanapun wakil British itu tidak mempunyai kuasa di dalam pentadbiran negeri itu.

Pada 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu yang menyatakan negeri itu adalah negeri Melayu dan Islam serta Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu.

Seterusnya, takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II dari (1918-1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920-1942).

Menurut Warta Chahaya Timor No. 38 bertarikh 29 Sept 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat pada 26 Sept 1942, Tengku Ali yang dirujuk sebagai putera sulung baginda dilantik sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 Sept 1942.

Seterusnya Tengku Ali diberikan gelaran "Sultan" pada 30 Sept 1942 oleh Gabenor Jepun atau Syuckokan tetapi pelantikan itu dikatakan tidak menurut Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu 1911.

Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ismail telah diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada 16 Dis 1945 dan kemudian ditabalkan pada 1949 dengan gelaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah, ninda kepada Tuanku Mizan.

Sultan Ismail Nasiruddin Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong keempat dari 21 Sept 1965 hingga 20 Sept 1970.

Dalam tempoh tersebut, Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu dan apabila Sultan Ismail Nasiruddin Shah mangkat pada 1979, takhta kerajaan digantikan oleh putera baginda itu, yang menduduki takhta dengan gelaran Sultan Mahmud AlMuktafi Billah Shah.

Apabila Sultan Mahmud mangkat, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Tuanku Mizan yang ketika itu berusia 36 tahun.

Pada 13 Dis 2006, Tuanku Mizan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 dan anakanda kedua baginda, Tengku Muhammad Ismail pula dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu.
try , Rabu, April 25, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog