2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Tokoh Kemerdekaan : Tun Dr Ismail

Ismail Abdul Rahman

Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Hj. Abdul Rahman (4 November 1915 - 2 Ogos 1973), lebih dikenali sebagai Tun Dr Ismail, merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-2 Tun Abdul Razak.

Pendidikan
Tun Dr. Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abu Bakar, (dulu dikenali sebagai English College), Johor Bahru. Setelah menamatkan pelajarannya di sekolah tersebut, Tun Dr. Ismail meneruskan pengajiannya ke Kolej Perubatan King Edward di Singapura. Pada tahun 1943, beliau berangkat ke Australia untuk menambahkan ilmu perubatannya di Universiti Melbourne Australia. Beliau memperolehi Ijazah doktor perubatan tahun 1945 dan merupakan anak Melayu pertama yang memperolehi ijazah doktor perubatan dari universiti Melbourne, Australia.

Jawatan semasa hayat
Tun Dr. Ismail terdorong menceburi politik selepas perketakan jawatan Dato' Onn Jaafar sebagai presiden UMNO, dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau menceburkan arena politik setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada 1951.

Tun Dr. Ismail menjadi duta pertama ke Amerika Syarikat pada tahun 1957. Beliau juga diberikan tauliah menjadi Duta neagra ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. kedua jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959.

Tun Dr. Ismail menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960 sehingga 21 Mei 1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-sebab kesihatan. Jawatan Menteri Hal ehwal Dalam Negeri yang dikosongkannya diisi oleh Tun Abdul Razak.

Tun Dr. Ismail sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi menteri Hal Ehwal Luar Negeri pada 14 Mei 1969 berikutan peristiwa berdarah 13 Mei. Tun Abdul Razak mempengerusikan MAGERAN) dan meminta Tun Dr. ismail membantunya. Tun Dr. Ismail kembali menjawat jawatan Kabinet dan kekal sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sehingga 1 Ogos 1973.
Semasa hayat beliau, Tun Dr. Ismail pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jawatan terakhirnya ialah Timbalan Perdana Menteri. Tun Dr Ismail Abdul Rahman merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua selepas Tun Abdul Razak pada 1970.

Jasa paling besar Tun Dr. Ismail adalah mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia. Menurut Tun Suffian "it was during the agonising days that his outstanding qualities came to the fore. Perhaps it can be said that more than anybody else the Tun contributed substantially to the restoration of public confidence in the Government's determination to restore law and order after the May 13th incidents."

Apabila Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan Perdana Menteri Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tun Dr. Ismail meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 dan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Beliau merupakan pahlawan negara pertama dikebumikan di situ.

Meninggal dunia
Pada 1973 beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Makam Pahlawan, Masjid Negara dan menjadi pemimpin pertama yang disemadikan di situ.

Kata-kata

Ungkapan beliau yang sangat terkenal ialah 'Jangan sapu ke bawah permaidani'. Peribahasa ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja, sehingga akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei.

Penghormatan
  • Pidato Tun Ismail diadakan sekalis etiap dua tahun oleh Akademi Perubatan Malaysia untuk memperingati Tun Dr. Ismail. Pidato ulung diberikan oleh Yang Amat Arif Tun Mohamed Suffian bin Hashim, Ketua Hakim Negara pada bulan Ogos 1974.
  • Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur dinamakan untuk memperingati beliau.


try , Sabtu, April 21, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog