/

Restoran diberi amaran jangan kenakan cukai 5% sesuka hati

SEREMBAN 25 April – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) memberi amaran kepada para peniaga yang sewenang-wenangnya mengenakan cukai perkhidmatan lima peratus ke atas pelanggan mereka dengan alasan menguatkuasakan Lesen Cukai Perkhidmatan (LCP) KDRM.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) KDRM, Datuk Wazir Muaz menegaskan, tindakan keras akan diambil terhadap para peniaga itu kerana perbuatan mengenakan cukai perkhidmatan tanpa kebenaran KDRM jelas menyalahi undang-undang dan menipu pelanggan.

‘‘Kita akui ada sesetengah peniaga yang secara salah mengutip dan mengenakan cukai perkhidmatan lima peratus ke atas pelanggan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta para peniaga memaparkan sijil LCP di premis masing-masing.

“Langkah itu akan memudahkan pengguna mengenal pasti peniaga yang kutip cukai perkhidmatan secara sah. Ia dapat mengelak perselisihan faham ekoran keengganan pelanggan membayar cukai itu,’’ kata Wazir.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Wisma KDRM negeri di sini hari ini. Hadir sama ialah Pengarah KDRM Negeri Sembilan, Kassim Ismail.

Menurut Wazir, berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975, LCP hanya layak dipohon oleh peniaga yang memperoleh jualan harian melebihi RM1,388 atau RM500,000 setahun.

Tegasnya, peniaga yang memiliki LCP perlu memperagakan dengan jelas lesen berkenaan bagi mengelak timbul kekeliruan di kalangan pelanggan.

Wazir berkata, penipuan para peniaga yang sesuka hati mengutip cukai perkhidmatan lima peratus tanpa kelulusan kerajaan semakin berkurangan selepas penerangan, pendidikan dan dialog yang dijalankan oleh KDRM serta kesedaran di kalangan para peniaga sendiri.

“Mereka kini sedar tentang implikasi undang-undang. Operasi penguatkuasaan yang sering dijalankan dan kesedaran orang ramai membuat aduan juga membantu mengurangkan penipuan tersebut,’’ katanya.

Menurut beliau, KDRM dari masa ke masa mengadakan operasi pemantauan di seluruh negara bagi melesenkan peniaga yang layak mengenakan cukai perkhidmatan mengikut kriteria yang ditentukan oleh kerajaan.

“Kita juga meminta peniaga yang memperoleh nilai jualan lebih RM500,000 setahun tampil memohon LCP. Langkah tersebut amat penting kerana hasil cukai itulah yang digunakan oleh kerajaan bagi membangunkan negara,’’ katanya.

try , Khamis, April 26, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog