2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Ikat Suami Dengan Melahirkan Anaknya...

"Pasangan suami isteri moden akan berfikir banyak kali untuk memiliki
anak. Mereka belum bersedia memikul komitmen berat menjaga dan
mendidik anak. Jika kedua-duanya sibuk dengan kerjaya atau masih
menyambung pelajaran, agaknya memang perlu mereka merancang dengan
teliti, bilakah masanya mereka siap memiliki anak".

Hal ini biasa kita dengar di kalangan selebriti atau wanita karier
yang terlampau sibuk masih menangguhkan tugas memikul beban berat ini.
Setiap orang ada perancangannya masing-masing. Lain pula halnya dengan
suami isteri yang langsung tidak merancang, hingga setiap tahun
berderet-deret tentera baru dilahirkan. Alhamdulillah semoga Allah
memberi kekuatan kepada mereka untuk membina insan cemerlang dengan
penuh kecekalan.

Persoalannya adakah ada isteri yang tak sensitif langsung dengan
kesihatan sendiri, penampilan pun nampak terlalu matang (tua) kerana
letih dengan kerja-kerja rumahtangga. Suami pula tiada kewangan yang
cukup, hidup dalam kedaifan, anak-anak terlantar kurang ajaran dan
didikan.

Jika anda ditanya, apakah harga yang paling berharga bagi anda dan
suami? Tentu jawapannya ialah anak. Mungkin yang ramai anak kurang
merasa nikmat dengan kebisingan yang sehari-hari didengar, pergaduhan
dan kenakalan yang membuat mereka stress. Tetapi hati kita akan mudah
tersentuh jika berjauhan selama beberapa hari dengan mereka. Stress
itu akan hilang dengan sekelip mata melihat senyuman manis anak-anak
yang tak berdosa.

Adakah anak itu punca masalah orang tua selalu hadapi? Pernahkah anda
membenci kehadiran mereka kerana selalu membawa kesusahan? Anda rasa
tertekan kerana tidak dapat selalu bermesraan dengan suami, nak
honeymoon berdua sahaja? Mana boleh tinggalkan mereka. Leceh juga bila
bawa mereka sekali shopping ke mall. Rasa tak bebas dan susah nak
bersendirian. Begitulah luahan kekecewaan wanita memiliki ramai anak.

Tapi cubalah kita berfikir positif dan bertafakur, mengapa Allah Taala
memberi beban yang begitu berat untuk kita memikulnya? Jika anda kesal
dengan kerenah anak-anak cubalah ingat-ingat petua jaga anak ini.

1) Dosa dihapuskan kerana sabar menerima sebarang ujian. Katakan pada
diri sendiri :
"Betapa banyaknya dosa aku yang dihapuskan kerana sabar
merawat mereka." Suatu hari Aini mengeluh kerana tak tidur semalaman
menjaga anaknya yang demam. Suaminya memujuk : "Begitulah cara Allah
nak menghapuskan dosa-dosa kita." Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud : "Seorang Muslim yang tertimpa kecelakaan, kemiskinan,
kegundahan, kesedihan, sakit mahupun dukacita hatta akibat tertusuk
duri sekalipun, nescaya Allah akan menebus dosanya dengan apa yang
menimpanya itu."

2) Anak menjadi sumber pahala yang besar. Sabdanya lagi yang bermaksud :
"Sesungguhnya besar pahala itu bergantung kepada besarnya ujian.
Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum maka Allah akan menguji
mereka. Barangsiapa yang reda maka Allah reda dan barangsiapa yang
marah maka Allah juga murka kepadanya."


3) Menghadap Allah dengan keampunan dan reda-Nya. Rasullullah bersabda yang bermaksud :
"Orang mukmin lelaki dan perempuan akan sentiasa menerima cubaan yang menimpa tubuh badannya, harta, mahupun anaknya sehingga dia menghadap Allah tanpa sebarang dosa."


4) Anak mendinding ibubapa dari api neraka. Saidatina Aisyah RA menceritakan :
"Telah datang ke rumahku seorang perempuan miskin dan
kedua anak perempuannya, tidak dapat saya berikan kepadanya selain
sebiji kurma, maka saya pun memberikannya lalu dibahagi kurma itu
kepada dua anaknya dan dia sendiri tidak makan apa-apa, kemudian
mereka pergi. Rasulullah SAW datang, aku menceritakan tentang hal itu
maka baginda SAW bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang diuji dengan
anak-anak perempuan lalu mengasuh dan mendidik mereka dengan
sebaik-baiknya maka ia akan menjadi pendinding baginya dari api
neraka." Menurut riwayat lain yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah
telah menentukan baginya syurga dan Allah telah memerdekakannya dari
api neraka dengan sebab kedua anak itu." Mendidik anak lelaki juga
sama ganjarannya.

Yang terakhir sekali, anda mesti yakin bahawa anak boleh berfungsi
sebagai pengikat kasih suami kepada diri anda. Nak suami bertambah
sayang? Buktikan anda boleh memberinya permata-permata yang soleh.
Kadang-kadang anak boleh dijadikan umpan untuk menarik simpati suami
kepada diri anda. Contohnya bila suami out-station anda akan mengadu
anak-anak rindu, padahal emaknya yang terlalu rindu. Ada yang
menggunakan anak untuk hasratnya sendiri, nak bercuti atau membeli
barang, alasannya untuk anak, tetapi hakikatnya….Begitula h nikmatnya
memiliki permata hati, walaupun susah menjaga mereka namun disitulah
letaknya kepuasan hati.

Bersyukurlah atas segala kurnia yang kita miliki, sabar menjaga mereka
sambil menikmati kasihsayang suami. Kepada isteri yang menunggu
detik-detik kelahiran, sesungguhnya saat yang paling menyentuh emosi
suami anda ialah ketika dia melalui keperitan itu dengan darah dan
airmata anda. Kerana anda begitu berharga bagi dirinya dan anak-anak.
try , Rabu, Februari 21, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog