2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Tiga kilang makanan kena denda RM40,500

Oleh Norhashimah Mohd Radzali

SFS, Manja dan Nona guna awet berlebihan, jual produk rosak

KUALA LUMPUR: Empat syarikat dikenakan denda berjumlah RM40,500 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini semalam selepas mengaku bersalah atas pelbagai tuduhan membabitkan pengurusan dan penghasilan makanan.

Sia Food Supply Sdn Bhd (SFS) yang membekalkan makanan serta APS Manja Sdn Bhd (Manja). Pengeluar cili boh masing-masing didakwa menggunakan bahan pengawet asid benzoik melebihi had dibenarkan Jabatan Kesihatan Selangor.

Majistret Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhkan hukuman denda RM25,000 terhadap SFS dan RM4,000 terhadap Manja.

SFS mengaku bersalah terhadap lima tuduhan berasingan menggunakan asid benzoik berlebihan dalam bebola ikan putih, kuih ikan bulat dan kuih ikan menggunakan Cop Ikan Kerisi dan cili giling.

Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 13B (4) Akta Makanan 1983 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

Manja pula didakwa melakukan kesalahan sama dengan mengeluarkan tiga bungkus cili boh berharga RM2.97 dan didakwa mengikut akta sama.

Syarikat ketiga, Nona Brand Malaysia Sdn Bhd (Nona) pula didenda RM6,500 kerana mengeluarkan jem nanas kering seberat 450 gram berharga RM5.90 yang sudah rosak dan mengandungi kulat.

Bintang Hypermarket (Selayang) Sdn Bhd (Bintang) didenda RM5,000 kerana menjual sebungkus udang gelangau 200 gram berharga RM1.19 mengandungi tiga sotong kering.

Sementara itu, sebuah syarikat pembekal makanan mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan berasingan menjual makanan yang mengandungi kumbang, serpihan kayu, batu, plastik, tali dan kulit siput.

Bagi tuduhan pertama, Teck Hong Trading Sdn Bhd (THT) didakwa membekalkan sebungkus gula merah 320 gram berharga 94 sen mengandungi serpihan kayu, batu dan plastik.

Bagi tuduhan kedua, THT didakwa membekalkan sebungkus ikan bilis halus seberat 200 gram berharga RM2.04 mengandungi serpihan kayu, batu, gentian tali dan kulit siput.

Syarikat itu juga didakwa membekalkan sebungkus kacang Black Eye seberat 300 gram berharga RM2.91 yang sudah rosak dan mengandungi kumbang jenis Acanthoscelides, iaitu ‘Bean Weevils’.

THT didakwa membekalkan semua sampel makanan berkenaan di Bintang Hypermarket Sdn Bhd Selayang Capitol, di Selayang-Kepong Expressway di sini antara jam 5.10 petang dan 5.40 petang 15 Mei lalu.

Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 13A (2) Akta Makanan 1983 membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM30,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ahmad Rizki menetapkan 6 November tahun depan untuk perbicaraan kes. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa dari JKNS, Harun Abdul Hamid.

Sumber dr. Berita Harian Online - 06/12/2006
try , Rabu, Disember 06, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog