/

Dua spesies hutan boleh ubati barah payu dara

KEPONG: Malaysia bakal mencatatkan satu lagi kejayaan dalam bidang bioteknologi apabila Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mengenal pasti dua spesies hutan yang berpotensi mengubati penyakit kanser payu dara.

Pengarah Program Bioteknologi dan Farmaseutikal FRIM, Dr Marzalina Mansor, berkata penemuan itu adalah hasil kajian 31 spesies hutan sejak 2005.

Katanya, Pusat Penyelidikan Protemik diketuai Dr Ilham Adnan bersama tujuh saintis FRIM menyelidik 31 spesies dengan memasukkan ekstrak spesies berkenaan ke dalam sel penyakit barah payudara atau dikenali kaedah ‘cell-lines’.

Beliau berkata, hasil ujian berkenaan, dua daripada spesies yang dikaji berjaya membunuh sel barah payudara tanpa menjejaskan sel sihat dan mampu menyembuhkan penyakit itu.

“Penemuan ini masih baru dan nama spesies itu belum boleh diumumkan kerana perlu menjaganya daripada dirosakkan mereka yang tidak bertanggungjawab. Kita akan umumkan spesies itu selepas semua proses selesai kerana menjangka ia mengambil sedikit masa,” katanya kepada Berita Harian.

Marzalina berkata, FRIM masih menjalankan kajian terperinci dan akan menjalin kerjasama dengan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) serta Universiti Pertanian Malaysia (USM) untuk mengesahkan hasil kajian, seterusnya digunakan bagi tujuan perubatan.

Selain itu, katanya, selepas penemuan disahkan, FRIM akan menggunakan kaedah kultur tisu iaitu kaedah pembenihan menggunakan medium untuk menghasilkan tumbuhan itu dalam ladang FRIM.

“Spesies itu mungkin sukar dikawal kerana ia spesies hutan. Jadi, FRIM akan berusaha membenihkannya untuk memperbanyakkan hasil bagi faedah perubatan,” katanya ketika ditemui di Seminar Bioteknologi Hutan Peringkat Nasional, di sini semalam.

Seminar tiga hari bermula semalam itu mengupas pelbagai isu bioteknologi untuk dikongsi oleh lebih 100 peserta dari seluruh negara termasuk 20 guru sains yang dihantar khas Kementerian Pelajaran.

Dalam seminar itu, peserta berpeluang mendalami kaedah bioteknologi yang merangkumi pengkajian teknik kultur tisu, genetik hutan, teknologi biji benih serta pembangunan ubat-ubatan.

Seminar yang bertemakan Isu, Polisi, Penyelidikan dan Pembangunan serta Dana ke Arah Penghasilan dan Pemuliharaan Sumber Kekayaan Dari Hutan Hujan Tropika dirasmikan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah.

Dalam ucapannya, Sazmi berkata, bioteknologi berupaya menjadi penyumbang besar kepada ekonomi negara dengan penghasilan baka hutan yang lebih berkualiti dan sihat.

“Sebagai contoh, industri orkid yang menggunakan kaedah ini berjaya memberi pulangan RM52 juta merangkumi RM32 juta hasil eksport dan RM20 juta lagi hasil jualan dalam negeri,” katanya.

Sumber dr. Berita harian Online - 5/12/2006
try , Selasa, Disember 05, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog