/

Hati-hati jaminan kerajaan roti selamat dimakan – CAP

PULAU PINANG 25 Sept. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan orang ramai lebih berhati-hati berhubung jaminan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan bahawa roti adalah selamat dimakan.

Katanya, walaupun Kementerian Kesihatan mengesahkan kajian terhadap 16 sampel roti baru-baru ini adalah selamat digunakan tetapi itu belum menjamin bahawa pengeluar roti akan menurunkan paras asid propionik dalam roti keluaran mereka.

Menurut CAP, beberapa jenis roti yang diujinya pada tahun 2005 dan 2006 mengandungi asid propionik melebihi paras yang dibenarkan iaitu 2,000 bps dan semua ujian tersebut dilakukan menggunakan kaedah ujian makmal yang diterima di peringkat antarabangsa.

"Jika Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa 16 sampel roti itu adalah selamat untuk dimakan bukan bermakna roti yang dijual pada masa lalu dan masa akan datang selamat dimakan selagi pengeluar tidak mengambil berat tentang hal ini," kata CAP dalam kenyataan di sini, hari ini.

CAP berkata demikian bagi mengulas reaksi Kementerian Kesihatan melalui Setiausaha Parlimennya, Datuk Lee Kah Choon yang meminta persatuan pengguna itu menjelaskan kaedah-kaedah yang dipakai bagi menguji tahap asid propionik ke atas 46 sampel roti yang diuji.

Menurut Kementerian Kesihatan, kajian yang dilakukan oleh mereka mendapati kandungan bahan pengawet asid propionik dalam roti adalah menepati peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Cap menambah, persatuan itu tidak terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ia bukanlah kali pertama kenyataan tersebut dikeluarkan dan dibalas oleh Kementerian Kesihatan yang menyatakan ujian dilakukan oleh mereka adalah keputusan sebaliknya.

Mengambil contoh penggunaan asid borik di dalam makanan, CAP berkata, setiap kali isu tersebut dibangkitkan, Kementerian Kesihatan akan cuba mengambil pendekatan meredakan kebimbangan pengguna dengan menyatakan ujian yang dilakukan oleh mereka mendapati tiada asid borik terkandung dalam makanan.

"Tetapi cuba lihat dalam tempoh 20 tahun lalu CAP mendapati asid borik yang digunakan masih sama dalam makanan dan pengeluar masih menggunakan bahan pengawet secara berlebihan kerana sedar mereka tidak akan didakwa," kata CAP lagi.

Sehubungan itu CAP menggesa Kementerian Kesihatan mengambil langkah segera untuk memastikan makanan yang berada di pasaran sentiasa mematuhi Peraturan Makanan.

tt : apa-apa kenyataan dari kerajaan pun tidak boleh diterima bulat2 lg sekarang... sebab kenyataan dari kerajaan mempunyai unsur2 politik kotor dan servivor kepartian dan yang paling penting RASUAH & Kepentingan diri sendiri ..... fikir-fikir.....
try , Selasa, November 14, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog