2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Sains Yg Berasaskan Islam

butterfly love Originally uploaded by jaki good.



Assalamualaikum wrt

    Ingin rasanya nak share satu tazkirah dari seorang rakan berkenaan kisah dalam surah Al-Kahfi. Kisah yang dipilih ialah kisah pemilik dua kebun. Kisahnya pemilik itu tadi berasa sombong dan bongkak kerana merasakan kehebatan kebunnya itu kerana kepakaran yang ada pada nya dan lupakan kepada Allah swt. Si penceramah terus menceritakan kisah ini selalu berlaku di depan mata kita tiap-tiap hari. Kita dapati ramai pakar-pakar yang mendabik dada dan menceritakan bagaimana hebatnya mereka .... kononnya kerana merekalah sesuatu itu dapat dielakkan ... atau sesuatu itu berlaku.

Tetapi bagi saintis yang mengasaskan mindanya kepada Islam - lain sikapnya. Dalam dunia sebab musabab ini - beliau begitu yakin segala-galanya tidak akan berlaku tanpa kehendak dan izin dari Allah swt. Dan Allah swt melaksanakan sesuatu dengan penuh teliti dan perancanaan dalam lingkungan hukum sebab dan musabab... dan hakikatnya juga Allah tidak terikat dengan hukum sebab dan musabab ini. Cuma kekadang kita tahu dan kadangkala kita tak tahu sebabnya. Bila kita tahu, kita akan nisbatkan ianya dari aspek sains contohnya. Bagi seorang Muslim bila dia tahu sebabnya - dia akan kata - sebabnya ialah sekian sekiian Insya Allah ... tetapi Allah Maha Mengetahui. Tatapi jika dia tidak tahu - dia akan kata - Allah sahaja yang Maha Mengetahui ....atau Wallahu'alam. Ini tidak menghentikan mereka untuk mencari sebabnya. Seorang muslim yang kenal Allah akan lagi tawadhu' dan merendah diri walaupun beliau seorang pakar terkenal. Rujuk Surah Al-Imran 190 (definasi Ulil Albab)

Sikap ekstrim yang tidak boleh diterima ialah - bila tak tahu sebabnya - terus dengan yakin dia cuba jugak untuk menerangkannya di luar fahaman Sains (tahyul) .. dan kadangkala dengan berpandukan sains .... hanya sekadar agak-agak atau pengalaman sahaja. Contoh (kononnya dalam lingkungan Islam) yang paling jelas - mempercayai manusia berasal dari beruk. Saintis telah menggunakan banyak argumen yang tidak logik, agakan dan ada kalanya tipu helah (Evolution Deceit - Harun Yahya) untuk mengiakan teori mereka ini.

Maka begitulah letak kedudukannya. Sains ada hadnya. Sains ada gunanya. Tetapi Sains tidak boleh menerangkan segala-galanya. Adakalanya Sains memang tidak mampu untuk menjelaskan pada masa sekarang - tetapi mampu di masa yang akan datang - contoh gunung sebagai pasak (Surah An-Naba: 7). Ada kalanya Sains mungkin tak mampu sehingga kiamat ... or at least until now .. persoalan roh, syurga dan neraka.

Pertelagahan antara sains dan agama ini tidak wujud dalam Islam tetapi wujud dalam agama Kristian pada suatu ketika dulu. Kerana penemuan Sains Islam sentiasa merujuk kepada panduan Al-Quran, manakala sains barat mengasaskan penemuannya kepada tidak adanya Tuhan. Maka bila Sains menguasai Agama Kristian pada abad ke-14 dulu, mereka menghidupkan teori sekularisma......

Wassalam

Dr Hisham
www.fkm.utm.my/~ahisham

maaf posting ini tidak berniat untuk mengenakan sesiapa cuma untuk menjelaskan sesuatu yang saya fahami. Harap maaf.

P/S: Aku sekadar menyampaikan... bestnya kalau jd saintis Islam..... tp sayangnya aku bukan dr aliran sains......
try , Rabu, September 13, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog