2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Penemuan Baru : Misteri Alam

PENEMUAN pelbagai spesies flora dan fauna di Indonesia, California dan Lautan Caspian membuktikan kebesaran kuasa Allah yang tidak diketahui oleh manusia sebelum ini.

Penemuan 15,000 spesies ikan, 214,000 spesies haiwan dan tumbuhan lautan membuktikan rahsia bumi yang belum diterokai oleh saintis sebelum ini Di sebalik arus kemodenan dan kecanggihan teknologi di seluruh dunia, masih ada beberapa kawasan terpencil di muka bumi dan dasar laut yang menjadi tempat tinggal makhluk dan hidupan asing sejak sekian lama tapi di luar jangkauan kemampuan manusia untuk menjejakinya. Baik di perut bumi, dasar laut mahu pun di atas gunung, kepandaian manusia terbatas untuk mencari dan membongkar rahsia alam. Kejayaan penemuan untuk tatapan manusia hanya disiarkan menerusi saluran National Geographic, Animal Planet dan Discovery Channel. Keadaan ini sekali gus membenarkan firman Allah SWT mengenai kemampuan manusia seperti tertera dalam Surah Luqman, ayat 27, bermaksud: "Dan seandainya pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan ada habisnya (dituliskan) kalimat (ilmu dan hikmah) Allah." Selepas hilang untuk satu tempoh lama, dunia asing kembali ditemui apabila saintis dan penyelidik biodiversiti mencatat satu demi satu rekod penemuan spesies flora dan fauna baru.


Penemuan unik, aneh dari lokasi tersembunyi mengesahkan satu perkara – kecerdikan dan teknologi manusia belum mampu membongkar rahsia alam secara total. Ketika ramai daripada kita masih tertanya-tanya mengenai fisiologi dan sosiologi makhluk asing yang dikatakan berasal dari planet lain; rupa-rupanya banyak lagi spesies hidupan bumi - sama ada di lautan atau daratan - yang belum diketahui. Bagaimanapun, kesedaran untuk membongkar kewujudan spesies hidupan yang baru semakin berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sedikit demi sedikit, penerokaan menjejaki dunia yang hilang mengesahkan teori adanya hidupan asing itu. Antara usaha yang kini giat dilakukan adalah projek 'Bancian Hidupan Laut (CoML)' yang dimulakan pada 2000 dan disertai kira-kira 1,700 saintis daripada 73 negara bagi merekod dan menjejaki spesies baru bagi hidupan laut. Projek berkenaan akan dijalankan selama 10 tahun dan diusahakan secara bersama oleh kira-kira 250 organisasi seluruh dunia.


Menjelang 2010, saintis menjangkakan akan menjumpai lebih dua juta hidupan laut yang berlainan spesies. Sehingga 2003, kajian berkenaan merekodkan kira-kira 15,000 spesies ikan dan antara 194,000 hingga 214,000 spesies haiwan dan tumbuhan lautan dengan anggaran antara 150 hingga 200 spesies baru ikan dan kira-kira 1,700 haiwan dan tumbuhan lautan ditemui setiap tahun. Saintis marin percaya bahawa lautan yang meliputi 70 peratus bentuk muka bumi mengandung 20,000 spesies ikan dan hampir dua bilion spesies haiwan dan tumbuhan. Kebanyakan spesies terdiri daripada hidupan kecil seperti cacing dan obor-obor. Sehingga kini, saintis sudah meneroka ke dasar laut sehingga melebihi kedalaman 4,000 meter bagi mencungkil rahsia hidupan dan spesies baru. Selain usaha menjejaki spesies hidupan lautan dalam, saintis juga turut menumpukan usaha meneroka dunia yang hilang di lokasi terpencil di daratan antaranya penemuan 20 spesies baru katak, kanggaru (enam), pohon palma (lima) dan rama-rama (empat) dalam satu ekspedisi hutan tropika Gunung Foja, Papua New Guinea, timur Indonesia Disember lalu. Ekspedisi 11 penyelidik diketuai Bruce Beehler itu dianjurkan bersama Institut Sains Indonesia dan Pertubuhan Hutan Simpan Antarabangsa yang berpusat di Amerika Syarikat. Mungkin kemuncak pada pembongkaran misteri kewujudan spesies baru adalah penemuan tengkorak dan tulang temulang yang kemudiannya dikenal pasti sebagai spesies manusia kerdil pada 2004. Dirujuk sebagai "Hobit" oleh kumpulan penyelidik, ia ditemui tertanam di hutan tebal di Indonesia pada kedalaman 5.9 meter.


Saintis percaya kumpulan manusia kerdil ini tinggal di Pulau Flores sejak 12,000 tahun lalu. Spesismen pertama yang ditemui dipercayai berusia 18,000 dikenali sebagai Liang Bua 1 atau LB 1 dikenal pasti sebagai spesies baru dinamakan Homo Floresiensis. Satu lagi spesies manusia kerdil dikenali 'Homo erectus' ditemui di sekitar Pulau Jawa. Jika berpandu pada peta biodiversiti dunia, kebanyakan spesies baru daratan tertumpu di kawasan kecil meliputi 25 wilayah. Begitupun secara total jumlah itu hanya meliputi 1.4 peratus dari keseluruhan muka bumi. Lokasi itu meliputi Wilayah California, Amerika Tengah, Caucasus (kawasan seluas 500,00 kilometer persegi antara Laut Caspian dan Laut Hitam termasuk sebahagian Georgia, Armenia, Azerbaijan, Rusia, Iran dan Turki); Polinesia dan Mikronesia (1,000 pulau antara 21.6 juta kilometer persegi di selatan Lautan Pasifik), Hutan Atlantik Brazil (Hutan Amazon yang meliputi 10 peratus dari bumi Brazil). Sesuatu yang menarik di Hutan Amazon adalah kebanyakan spesies ditemui sangat unik termasuk 72 dari 620 spesies burung yang bersifat endemik di Afrika Timur (meliputi timur Gunung Arc dan bahagian hutan berpantai di Tanzania dan Kenya), Madagascar, Barat Ghats di India, Indonesia dan barat daya Australia.

try , Selasa, September 12, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog