2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Fitnah Berkenaan Kolostrum

Law of Mayhem
Tajuk : Fitnah berkenaan Kolostrum

Assalamualaikum dan apa khabar.

Baru-baru ini isteri saya memberitahu suatu perkara yang agak membimbangkan tentang kolostrum. Info tentang kesan buruk kolostrum telah beliau dapati di dalam internet. Antara hujah di dalam internet tersebut ialah pengambilan kolostrum dalam jangka masa yang lama (lebih kurang 5 tahun) boleh menyebabkan seseorang itu menghidapi penyakit kanser. Ini adalah kerana bahan di dalam kolostrum tersebut boleh membangkitkan atau mengaktifkan sel-sel kanser yang pasif atau dorman. Sebagai seorang peguam, saya tidak terus mempercayai bulat-bulat akan kenyataan di dalam internet tersebut. Malah saya mengesyaki ianya mungkin adalah suatu `corporate espionage' iaitu cara untuk menjatuhkan suatu perniagaan berasaskan kolostrum dengan cara membuat khabar-khabar aangin yang tidak benar. Atau dalam bahasa mudahnya :

FITNAH.
Saya merujukkan hal ini kepada kawan saya yang juga seorang doktor dan turut membuat penyelidikan di internet. Setakat ini, saya dapati tidak ada satu pun kesan buruk yang dibawa oleh kolostrum. Sebaliknya kolostrum atau Bovine Colostrum adalah suatu terapi makanan yang sesuai untuk tubuh badan manusia. Pada masa ini orang heboh memperkatakan tentang keberkesanan kolostrum terhadap kesihatan mereka. Malah syarikat yang mempelopori permakanan berasaskan kolostrum tersebut juga semakin gah dan terkenal. Tidak mustahil ada syarikat berasaskan makanan kesihatan yang selain dari kolostrum berasa cemburu dengan kejayaan serta persaingan kuat dari syarikat baru ini. Jadi besar kemungkinan ada di antara mereka yang sengaja cuba mensabotaj perniagaan pesaing mereka dengan membuat fitnah yang sedemikian rupa.

Di dalam undang-undang, fitnah ini terbahagi kepada 2 kategori, iaitu secara bertulis (libel) dan secara lisan (slander). Secara bertulis ini adalah melalui suatu kenyataan berdokumen yang memfitnah seseorang atau suatu perbadanan (syarikat contohnya). Saya percaya, seperti juga syarikat roti Gardenia, pihak yang mula-mula bertanggungjawab membuat kenyataan berdokumen ini pasti enggan dikenali. Seperti juga SMS, mesej di dalam e-mail akan tersebar luas dan akhirnya boleh menjejaskan reputasi seseorang atau sesebuah syarikat.

Syarikat Gardenia terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membersihkan namanya hanya semata-mata kerana tersebarnya SMS yang mendakwa rotinya mengandungi lemak babi. Begitu juga syarikat susu Dumex yang suatu ketika dahulu menawarkan suku juta ringgit kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya pihak yang menyebarkan fitnah bahawa susu mereka telah dicemari oleh bahan radioaktif. Begitulah buruknya akibat fitnah ini kepada si mangsa. Itulah sebabnya Islam menggalakkan agar umatnya memeriksa terlebih dahulu sesuatu perkhabaran negatif yang dimaklumkan kepada mereka. Malah jika perkhabaran tersebut ternyata adalah fitnah, maka orang yang telah memberitahu perkhabaran tersebut akan dihukum dan diharamkan menjadi saksi untuk selama-lamanya; sungguhpun beliau mendapat perkhabaran tersebut daripada orang lain sebenarnya. Begitu juga dengan undang-undang kita.

Sebagai seorang peguam, saya menasihatkan anda agar jangan terlalu ghairah untuk menyebarkan sebarang SMS atau e-mail yang berunsur fitnah. Mengikut undang-undang, sungguhpun anda bukanlah puncanya, namun oleh kerana anda telah menyebarkannya maka anda juga adalah dipertanggungjawabkan sebagai orang yang bersalah membuat fitnah. Sekiranya anda dikenalpasti, besar kemingkinan anda akan disaman oleh si mangsa atau lebih buruk lagi : dipenjarakan. Bayangkan syarikat Gardenia menyaman anda dan menuntut gantirugi berjuta-juta ringgit atas sebab anda menyebarkan SMS yang anda sendiri tidak pasti akan kesahihannya Teruklah anda!
try , Sabtu, Ogos 12, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog