2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Takagi Sayang (Part 12/22)


img322
Originally uploaded by Yoshihiro.


SESUDAH solat subuh tadi Dian terus tidur. Lena sekali dia di peraduan, jadi aku malas nak ganggu dia. Setelah siap mengenakan uniform aku terus ke dapur. Biasalah.. uniform ladang.. kan ke aku ni peladang berjaya? Seperti biasa sejak beberapa bulan yang lalu dapur seolah sebati dengan aku. Mana taknya.. si Dian bila bau gulai aje uweeekk.. bila dengar minyak ditumis aje dah terbaring pening. Tak sangka pulak selepas dua bulan mengandung dia alah teruk. Kesian isteri aku.. sebagai suami yang baik aku kenalah sabar kan..
"Aznil.. buat apa tu?"Aku menoleh. Eh.. mak mertua aku rupanya.

"Ohh.. mak.. masuklah mak pintu tu tak kunci.. dari mana?"soalku sambil membukakan pintu yang memang tidak dikunci. Pagi tadi aku pergi membuang sampah yang tak sempat dibuang semalam. Sebelum mem kat dalam tu bising sampah penuh baik aku buang. Bukan takut bini tapi aku tahu memang sifat dia tak suka sampah dibiar bemalam-malam. Lagipun hidup sebagai suami isteri ni kenalah tolak ansur kan, tambahan pulak dia sedang mengandung tu.

"Dian mana?"soal mak sambil meletakkan seplastik buah nangka yang sudah dikupas.

"Tidur, mak sarapan sekali sini okey?"pelawaku. Mak Cuma tersenyum, bukan dia tak tahu sarapan bujang aje.. milo dengan roti. Itulah yang aku telan sejak Dian mengandung. Kalau malas nak buat air aku akan ke warung Pak Ali di simpang sana pekena kopi O dan nasi lemak Bedah Janda.

"Ni, mak ada bawakan lempeng pisang, makanlah,"wah.. wangi bau lempeng yang dipanggang di atas kuali membuka selera. Aku tersenyum. Bagus dapat mak mertua yang perihatin.

"Susah mak jer.. abah ke mana?"soalku bila melihat tiada pun kelibat bapa mertuaku.

"Dah ke bandar.. hantar anak si Leman Rongak tu masuk asrama.. makanlah kamu tu.. mak nak jenguk tuan puteri kat dalam tu.."ujar mak dan bangun masuk ke dalam.

Aku melihat hari di luar kian cerah. Alamak.. dah pukul 7.10.. segera aku capai kunci motor di atas peti sejuk. Takut tauke Mod dah datang menanti buah-buah belum siap. Semalam dah berjanji nak serahkan mangga harum manis sebanyak 10 bakul. Beginilah jadi peladang.. teringat kata-kata Izan tempoh hari. Aku akan susah kalau menolak ajakannya bekerja di syarikat abangnya. Tapi aku yakin, andai kita berbudi pada tanah, tekun dan gigih aku juga mampu menjadi usahawan berjaya.

Mujurlah abah sering menyokong. Ramai juga yang terkejut dengan keputusan aku untuk menjadi petani dulu. Penat-penat belajar Kejuruteraan akhirnya memilih untuk tinggal di kampung. Tapi aku memikirkan siapa lagi yang akan menjaga ibu bapaku yang sudah tua. Tambahan pula tanah berekar-ekar tidak diusahakan. Baik aku buat sesuatu pada ladang mangga abah yang baru naik itu. Sekarang ini aku ada satu lagi perancangan. Tanah seluar 3 ekar di hujung kampung sana akan kutanam pelbagai spesis tanaman herba. Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan macam-macam lagi memang sudah sedia ada pada tanah terbiar itu. Yang selebihnya aku sudahpun berbincang dengan Osman, Pegawai Penyelidik di UPM, juga classmate aku semasa di PPP dulu.

Aku tiba di ladang dalam 10 minit sahaja. Kelihatan dua orang pembantuku Usin dan Ali sedang sibuk memetik buah mangga yang sudah matang. Dalam pukul sepuluh nanti Tauke Mod akan mengambil hasil ladang abah ini.

"Bang, kat ujung sana tu dah ada tiga bakul.."beritahu Ali sewaktu aku merapatinya. Aku mengangguk.

"Pilih buah-buah yang elok sikit Ali, yang sebelah sana tu jangan petik lagi.. habiskan yang sebelah sini dulu, okey?"Ali mengangguk faham.

Aku menuju semula ke motor setelah melihat semuanya berjalan lancar. Kemudian aku menghala pula ke arah sekolah. Kolam-kolam udang harimau dan ikan keli aku pun kena jenguk juga. Kadang-kadang macam YB pulak aku

ni.. ke hulu ke hilir. Tapi nak buat macammana, adik-beradik lain memang tak berminat untuk tinggal di kampung, apatah lagi nak mengusahakan ladang-ladang dan kolam macam aku. Mujurlah aku dikurniakan seorang isteri yang tak kisah, sanggup bersama-sama hidup di kampung ni, menyimpan Diploma Sains Kesetiausahaannya di rumah, macam aku jugak!

Bercakap pasal si Dian.. memang susah untuk aku memahaminya. Iyelah..kawin pun pilihan keluarga. Perasaan cinta tu mekar bila dah masuk ke alam rumahtangga.. lagipun, Dian nie suka menyimpan perasaan, mulut kata tak suka, dalam hati kata sayang.. Depan kita berlagak tak ada apa-apa.. belakang kita menangis bagai nak runtuh jealousnya.. Tapi yang specialnya, Dian seorang isteri yang baik, anak yang patuh pada orang tua.. Cuma kadang-kadang tu suka jugak tunjuk protesnya... tapi yang pasti aku tahu dia teramat-amat menyayangi aku.

Aku tahu dia bimbang aku menduakannya.. satu perkara yang aku rasa semua perempuan di dunia ini takuti. Memang aku seorang yang happy go lucky, mudah mesra, tambahan pulak dikurniakan wajah yang agak memuaskan, ramai jugaklah admirers. Ahh perempuan.. kadang-kadang sensitif sangat.. aku bergurau nak tackle Mak Siah Sanggul Tinggi tu pun boleh satu hari suntuk mogok lapar. Takkan la aku nak pegi tackle Mak Siah yang dah masuk 50 tahun tu..

"Ala.. Mak Siah tu kan ada ilmu.."Aku tertawa bila Yan mula buat muka.

"Abang main-main aje la.."

"Ah! Main-main apa.. tu hari-hari Mak Siah tu telefon tau! Mana Yan tak geram dengan abang tu!"Yan menarik muka masam. Kain yang sedang dilipatnya dicampak ke tepi. Huyyoo.. marah betullah tu..

"Ala.. dia telefon nak tanya khabar.. tak salah kan?"soalku.

"Abang kan tahu dia tu pantang orang layan, tak kira tua muda.. dulu abah tu pun kena macam tu jugak bila abah tumpangkan dia ke bandar.. " Heh.. pak mertua aku pun kena jugak?

"Iyelah.. tapi kan Yan.. abang tengok Mak Siah tu lawa apa.. pinggang ramping.. peh.. cun lagi la.. tak nampak umur dah dekat lima puluh.."sengaja aku menyakatnya.

"Abang ni! Malaslah nak layan!"dan aku Cuma tertawa bila dia bersusah payah bangun membawa perutnya masuk ke bilik.

Aku melawat dari sebuah kolam ke sebuah kolam. Alhamdulillah.. sejak Dian mengandung rezeki kami begitu murah. Agaknya inilah dia rezeki anak yang bakal lahir nanti. Kalau tak silap dalam tiga minggu lagi aku akan bergelar bapa. Si Dian pun nampaknya dah sarat benar. Berdebar-debar juga hati ini menanti kehadiran orang baru.

"Abang, ada call!"Teriak Rusiah. Ak u segera berlari ke bangsal. Telefon bimbit bertukar tangan.

"Hello,"

"Hello Nil,"Errkk.. aku terkedu.

"Izan.. ada apa U call I?"soalku. Sejak peristiwa itu terjadi lapan bulan yang lalu dia menyepikan diri. Aku pun sudah menutup mulut rapat daripada menyebut namanya di depan Yan. Aku kesiankan Izan tapi dalam masa yang sama aku menyayangi Dian. Aku tak mahu hatinya terguris.

"Boleh.. boleh I jumpa you?"soalnya. Aku mengeluh lemah. Bukan aku tak teringin nak jumpa tapi.. bagaimana kalau Dian merajuk lagi?

"I perlu jumpa you.. please.."rayunya.

"Izan.. I sibuk sekarang.."aku cuba memberi alasan.

"Nil.. Cuma you yang boleh tolong I sekarang.. please.. I perlu jumpa you.. esok I tunggu you kat Rest House.."

"Tapi Izan.."Talian sudah diputuskan. Alamak.. macammana ni?

YAN sedang menonton tv sewaktu aku pulang tengah hari. Di atas meja, hidangan tengah hari sudah disaji. Tentu mak mertua aku yang masak tadi.

Aku masuk dan menghampiri Dian yang kian berseri-seri.

"Ishhh abang nie berapa kali Yan pesan.. mandilah dulu.. busuk!"Aku Cuma tersenyum. Marah betul dia bila aku sengaja memeluknya dengan uniform kebunku ini.

"Ohh.. busuk ye?.. busuk-busuk ni la jugak yang tolong picit kaki tu malam-malam.. " Dian Cuma tersengih dan mencubit pipiku.

"Cepatlah mandi.. Yan dah lapar.."pintanya sambil menggosok perut yang membesar.

"Ohh.. masak tak nak.. makan laju jer.."

"Kang Yan makan habiskan semua lauk-lauk tu nanti baru tahu.."ugutnya.

"Okey-okey.. abang mandi sekarang.."Melangkah ke kamar aku terasa macam duduk dalam kedai kain. Seluruh bilik terbias warna pink, warna yang paling aku tak suka.

Kenapa la dalam banyak-banyak warna warna merah jambu yang dipilihnya? Cadar pink, langsir pink, carpet pink.. aduiii pening kepala aku. Tapi kerana sayangkan isteri aku buat-buat tak nampak je la. Orang kata kalau warna-warna lembut macam tu mungkin anak perempuan. Si Dian pulak aku lihat berseri semacam ajer.. makin lama makin cantik pulak walaupun perut dia tu macam belon udara. Selesai mandi dan sembahyang aku segera menyarung T Shirt dan seluar pendek. Isteri aku ni sejak mengandung bukan main manja. Tapi tak apa.. aku sayangkan dia jadi aku akan buat apa saja asalkan dia bahagia.

"Mak dah balik ke?"soalku sambil mengambil pinggan yang sudah berisi nasi.

"Dah.. lepas masak tadi abah ambil.. abang, " Dian mengetab bibir.

"Kenapa?"soalku sambil mengusap kepalanya.

"Yan nak makan buah nangka,"

"Aikk.. tadi kan mak bawak nangka.."soalku.

"Yan nak nangka berbuah sulung.."

Astaga.. aku tersenyum. Dia dah start dah nak benda-benda ajaib di dunia!

"Cari la bang.. ye? Abang cari ye?"pujuknya.

Aku menggeleng kepala dan terus menyuap nasi. Dulu, semasa 4 bulan dia mengandung tiba-tiba saja tekaknya tu gatal nak makan telur ikan baung Sungai Tembeling. Tak boleh ditipu-tipu pulak tu.. tahu dia bila aku bawa balik ikan baung sungai belakang tu. Sudahnya.. berhari-hari juga aku pergi mengikut Abang Seman ke Sungai Tembeling. Masuk bulan ke 7, tak pernah-pernah akan buah kabung, nak makan buah kabung. Nasib baik pokok kabung banyak kat sempadan kebun, kalau tidak.. yang lagi best sewaktu kandungannya mencecah lapan bulan, dia mengidam nak makan gulai pisang udang muda sisir tujuh. Macam nak gila aku membelek satu-satu pokok pisang yang ada sisir tujuh. Dah ni nak buah nangka sulung pulak..

"Abang.. carikan la untuk Yan.."pintanya lagi. Nasi sedari tadi tidak dijamahnya.

"Buah nangka je ke? Buah kelapa beranak sulung tak nak?"soalku mengusik.

"Abang ni!"dia dah mula menarik muncung, membuatkan dia semakin cantik.

"Mana la abang nak cari Yan.. kalau pokok mangga ke.. pokok jambu madu ke boleh jugak abang teka-teka buah sulung ke tidak.. ni pokok nangka.. aduii "keluhku sambil menggaru kepala.

"Abang tu memang tak sayang Yan!"Dia menolak pinggan dan masuk ke dalam. Hmm.. itulah kerjanya.. merajuk merajuk merajuk.

"Wooii mak buyung! Rugi tau tak makan masak lemak cili api nie.. pehh.. best betul.. cepat la sayang.. ssedapnye ikan kali nie.."

"Tak payah.. biar la Yan tak makan.."Aik menjawab!

"Huhh ni kerabu kantan ni.. pehh!! Best giler.. ruginya orang merajuk"

Senyap.. alamak.. merajuk betul ke? Aku mengangkat pinggan menyusulinya yang duduk di kerusi di anjung rumah.

"Tengok ni sedapnya.. makanlah sikit.."pujukku.

"Abang tu memang tak sayangkan Yan.."ujarnya sambil mengesat pipi. Aikk.. menangis?? Aku tergelak.

"apa gelak-gelak?"soalnya geram.

"Sian isteri abang.. iye la.. iye la abang carikan.. nah makan,"aku menyua sesuap nasi membuatkan dia tertawa.

"Abang ingat Yan nie tak boleh suap sendiri ye?"soalnya, tapi menganga jugak. Ceh!

"Satu ni je.. selebihnya ambilah sendiri kat dapur!"jawabku selamba.

"Apa? Ohhh??"Segera dia mencubit lenganku membuatkan aku terjerit kecil.

"Kang abang tak cari nangka kang.."ugutku bila cubitan tak henti-henti hinggap di lengan dan badan.

"Jahat abang ni.."dia tersenyum.

"Abang cari.. insyaAllah.. kat rumah Mak Cik Siah pun abang sanggup cari.."usikku lagi.

"Abang ni!"Dan aku Cuma tertawa bila dia menghala penumbuk tanda amaran. Dian.. dian.. Ring! Ring!

Deringan telefon mengganggu suasana harmoni yang baru tercipta. Aku segera meninggalkan pinggan di situ dan menjawab panggilan.

"Hello.."

"Nil.. I ni.."Izan? Aku terasa seperti bala nak tiba bila mendengar suara itu.

"I need to see you.. please.."rayunya.

"Err.."

"Siapa tu bang?"soalan dari Dian membuatkan aku menggaru kepala.

"Okey I datang sekarang.."Gagang kuletak. Dian sedang menyambung makan nasiku memandang hairan.

"Siapa? Mak?"soalnya.

Aku menggeleng kepala. Perlukah aku berterus terang dengan Dian? Terbayang-bayang peristiwa beberapa bulan yang lalu. Aku tahu hatinya terluka dengan layanan-layanan Izan. Perempuan.. mana boleh lari dari sifat cemburu? Kasihan Izan.. dia langsung tak bersalah apa-apa.. Cuma hati Yan yang berprasangka bukan-bukan. Aku tak tahu bila Izan pergi. Tapi bila mak cerita yang abah memintanya supaya jangan menjadi racun dalam rumahtanggaku dan Dian, dia akur. Dan, tak pasal-pasal pulak aku kena brainwash dengan abah bila dengar cerita si Dian dah nekad nak ke Kuala Lumpur. Kenapalah tiba-tiba semua orang menyalahkan Izan? Hakikatnya aku kenal Izan.. kami dah rapat sejak di Jepun lagi. Wajah Dian yang kemerahan itu kutatap.

"Kenapa ni bang?"soalnya lembut. Aku Cuma tersenyum.

"Abang nak keluar ke bandar kejap.. Yan duduk kat rumah ok?"Aku mengucup dahinya sebelum bergegas keluar..

Bersambung..............

try , Khamis, Julai 13, 2006 | 1 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

1 ulasan :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog