2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Takagi Sayang (Part 1/22)

by Arina Melissa Idayu

AYAM jantan kesayangan atuk berkokok nyaring di atas tunggul rambai. Seekor ibu ayam datang terkedek-kedek dari balik semak, menunjukkan skill menggoda yang dipraktikkan sekian lama. Sayang, taktiknya tak menjadi, ayam jantan itu melompat turun menuju ke arah reban. Kih..kih..padan muka. Aku tersengeh sendiri, betapa seronoknya melihat kekecewaan ayam itu. Kau ingat kau bagus?
"Hai, dah tebiat ke sengeh sorang-sorang?" Erk! Senyuman yang manis macam gula kurasa mati. Perasaan gembira tadi terbang entah ke mana bila manusia yang paling aku tak gemar muncul tanpa diundang di depan mata. Kalau boleh wish dah lama aku nak matikan diri macam Snow White kat atas pelantar ni.

"Apa hal duduk sorang-sorang kat belakang nie? Dekat reban ayam pulak tu..layan perasaan ke?"

"Memang!" jawabku, biar dia rasa bersalah sikit. Suka sangat mengacau ketenangan orang! Aznil tersenyum, macam terkena aje.. "tunang awak suruh saya sampaikan amanatnya.."

"Tak payah cakap apa-apa lagi..awak bagi tahu dia..tak hingin saya nak dengar.."

"Cuba dengar dulu..dia kirim salam sayang, minta maaf banyak-banyak kalau ada buat salah, dia cakap sebenarnya dia bergurau aje.." What?!

Aku membulatkan mata macam bola golf. Bawak perempuan lain dengan motor buruk dia depan aku just bergurau?

"Awak maafkan tak?" Aznil merenungku lama.

"Apa susah sangat ke nak cakap I am sorry direct to the point dengan saya?" Soalku geram. Tiap kali nak minta maaf selalu macam tu, tersengeh-sengeh macam orang gila talak.

"Okeylah sayang.." sayang? Nak muntah!

"Saya minta maaf pasal tadi,"

"Senangnya cakap! Awak ingat elok sangat la perangai awak tu? Mak cik Tipah tu siap laser melaser saya tau tak cakap mudah sangat biar tunang usung anak dara orang lain, tau tak?"

"Aii..marah? Tadi cakap tak kisah kalau saya hantarkan si Rohana tu..Dah awak cabar sangat saya..saya buatlah!"

"Awak ni kann eiiii!" Aku tak mampu berkata apa-apa lagi. Benci betul aku tengok muka Aznil. Sama bencinya aku tengok cicak yang selalu menggugurkan bom black and whitenya atas katil aku.

"Awak ingat saya pelik sangatlah awak berjaya bawak budak tu naik motor?
Eh.. tolong sikit.. dah lah! Menyampah!" Tanpa menunggu lama aku terus berlari menuju ke dapur. Mak sedang sibuk memotong daging untuk dibuat masak kicap .

"Eh, mana si Aznil? Tadi mak nampak ada sama kamu kat pelantar tu..mengapa tak ajak minum dulu?"

"Dia dah minum racun!" jawabku lalu segera masuk ke bilik. Biar mak confuse sendiri.. Malas aku nak layan orang macam si BUAYA TEMBAGA tu. Aku pun kadang-kadang tak mengerti kedudukan kami ni. Tiga bulan lalu tak disangka-sangka family Aznil datang membawa hajat yang amat mengejutkan aku. Aku tak pelik sangat kalau dia orang nak jodohkan aku dengan sepupunya yang baru balik dari State tu, boleh tahan jugaklah handsomenya. Tapi bila mak cakap sebenarnya pinangan tu untuk dijodohkan dengan Aznil aku rasa macam nak mati. Macammana nak percaya, sejak dari kecil lagi sampailah sekarang tak pernah berbaik apatah lagi nak hidup bersama..seumur hidup pulak tu! Tapi..aku pun pelik dengan diri aku. Masa mak tanya dulu aku just cakap suka hati mak la.. ialah kan..dah berbesen-besen air liur mak mempromosikan si buaya yang dia berkenan sangat tu..dari celik mata sampai nak tutup mata balik cerita kebaikan si Aznil tu menyumbat telinga..aku pun cuma menurut ajelah..aku ni anak baik..Dan..yang aku hairan sama tu..si Aznil pun macam tu juga..sikit tak bantah. Jodoh orang tua kekal katanya, mak dia ceritalah! Macam mana dengan girlfriends dia yang bersepah-sepah tu? Apa jadi pada si Baya, Yati, Rina lebih-lebih lagi si Tiara bohsia tu, dulu bercinta bagai nak mati, sampai pernah serang aku gara-gara si Aznil celaka tu tujukan lagu Belaian Jiwa nak mengenakan aku, unplugged lagi kat dewan sekolah masa majlis Perpisahan Pelajar-Pelajar Senior form 5 & 6 1995.

Aku? Aku macammana? Perasaan cinta memang tak pernah wujud dalam hati. Zaman remaja, alam persekolahan kuhabiskan dengan pelajaran dan kawan-kawan. Cintan cintun ni aku memang tak minat, lebih-lebih lagi ada insan yang bertanggungjawab menyebabkan aku tawar hati sampai la ni..Siapa lagi kalau bukan si malaun penyangak kampung dusun tu.. asal ada saja orang mengorat aku dia dah buat announcement aku ni girlfriend dia dunia akhirat..pantang aku ada secret admirer dia pandai-pandai jadi investigator tak bertauliah mencari si jejaka misteri. Bila dapat tahu siapa, faham-faham sajalah, habis ditorturenya orang tu sampai tak berani nak minat kat aku lagi..siapa tak bengang? Dah tu nakalnya tuhan saja yang tahu. Makmal sains tu dah pernah terbakar gara-gara dia.. kalau setakat bilik disiplin tu macam istana hinggap dia..ada saja yang tak kena. Tapi memanglah tak dinafikan teori orang dulu-dulu budak nakal ni cerdik..dia adalah salah seorang daripadanya. Aku pun pelik macammana dia belajar sampai boleh dapat 10A1 dalam SPM..

Tapi..yang misterinya kenapa setelah meninggalkan zaman itu tuhan takdirkan kami begini? Terus terang aku katakan aku tak pernah membayangkan akan hidup bersamanya.. seteru nombor satu yang pernah menjadi nightmare aku ishh..macammanalah hidup aku nanti, ishh.. ngerinya!

"along," Ina dah pun masuk tanpa izin. Hiss..masa orang nak melayan perasaan masa tu la dia mengacau!

"Ngapa ni? Tak pergi kelas tambahan?"

"Kelas tambahan apa..along ni mengigau ye? Cuba tengok jam pukul berapa?" Aku menoleh ke arah dinding. A ah, dah dekat pukul 6.30 rupanya..patutlah adik aku dah balik ke rumah.

"Itulah memerap lagi..Ina dengar along tak tolong abah kat gerai tadi, ngape?"

"Orang pening kepalalah!" jawabku. Malas nak layan si renek ni lebih-lebih.

"Pening kepala ke..sakit hati?" Ina tersengih.

"Eh sibuklah! Pergi main jauh-jauh.. biasalah kan.. tuan puteri macam along nie kena rehat banyak.."

"Ceh..tuan puteri konon..piiiirah! Puteri Tom Yam! Malas Ina nak duduk sini lama-lama..kang ada pulak perasan jadi Maharani..nah!" Sekuntum putik mawar merah segar dihulurkan kepadaku.

"Ina jumpa Abang kat bandar tadi, dia suruh kasi bunga ni kat along," Ye ke? Hemm.. faham sangat..kalau bagi bunga tu tandanya I am sorry! Huluran Ina kusambut.

"Sementara orang tengah sayang nie..baik layan Along..Abang Aznil tu kalau dah hilang sabar.. 10 kali ganda cun dari along pun dia boleh dapat tahu?"

"Eleh ingat along ni teruk sangat ke?"

"Hemm..susah cakap dengan kepala batu!" Sungut Ina sebelum keluar dari bilik. Aku cuma tersenyum.

"HAI!" Aku tidak jadi membungkus nasi lemak yang diorder oleh dua orang budak di depanku. Aznil dengan selamba mencapai secubit ikan bilis goreng dari bekasnya, membuatkan dua budak tadi tersengeh. Balik-balik muka dia ni lagi. Memang selalunya Aznil akan datang ke sini kalau dia tak sibuk di kolam udang harimaunya. Hari ini mesti ayahnya keluar ke bandar sebab Perdana V6 warna hitam tiada. Cuma bawa motor buruk aje ke sini.

"Nak makan apa?" soalku sambil menyerahkan dua bungkus nasi lemak kepada budak itu.

"Daging harimau masak kicap dengan Rendang Godzilla," Aku menjelingnya geram. Aznil cuma tersengih macam tak bersalah. Dua orang budak kecil itu tertawa kelucuan.

"Sampai matilah tak dapat kalau macam tu punya selera!" jawabku selamba.

"Mati pun tak apa..asalkan kat tangan awak," Aku jeling dia macam nak terkeluar biji mata.

"Tu kuey teaw goreng siapa?" Soalnya sambil mengerling ke arah pinggan di atas meja.

"Saya punya awak nak ke?" soalku sambil mencapai pinggan tapi..

"Emm..sedap!" Aznil sudahpun menyuapkan kuey teaw itu ke mulutnya.

"Kan saya punya tu..saya dah makan tadi.."

"Tak apa..fiance saya punya gak.."jawabnya selamba. Aku cuma menggeleng kepala.

"Abah mana?" hai..belum apa-apa dah panggil abah? Macam confident je orang nak kawin ngan dia..

"Abah pergi bandar jap..bayar bil telefon," jawabku sambil menarik kerusi duduk di depannya. Aznil mengangguk faham sambil meneruskan suapannya. Seketika kemudian dia tiba-tiba mengerut kening.

"kenapa?" soalku hairan.

"Siapa masak kuey teaw ni?" soalnya.

"Abahlah,"

"Nasib baik " dia seolah-olah lega.

"Kenapa?"

"Nasib baik abah masak..kalau awak masak..sakit perutlah saya dua tiga malam.. pedas.. masin.. hemm.. bak kata memang nazaklah!" Cis..

"Dah tu selama ni kalau saya masak apa-apa tu apasal awak makan sampai tambah 3-4 kali?"

"Kang kalau saya tak makan awak kecik ati..satu hal pulak saya nak pujuk balik..lagipun..yang tak sedap itulah penyerinya..betul tak sayang?" mulalah tu!

"Kalau macam tu..tak payah lagi datang sini..penat je kita masak.." Tak tunggu lama aku masuk ke belakang. Malas nak layan buaya tu. Bila jumpa kalau tak bergaduh tak sah! Kalau macam ni la..alamat hari-harilah periuk belanga melayang!

Burrrkk! Opocot mak, kambing @ tenuk! Aku segera berpaling ke belakang. Aznil tertawa kelucuan. Heii bukan dia tak tahu pantang aku kalau sendawa macam bunyi katak!

"Awak ni buruk laku la!"

"Tak apa, janji awak sayang kat saya," Cheh! Aznil tertawa lagi.

"Kan saya dah pesan, saya tak suka awak buat macam tu?" ujarku geram.

"Tak apa, yang tak disuka tu la yang menambahkan kemesraan!" jawabnya selamba.

"Mesra? Mesra macammana? Mesra macam ni?" soalku sambil tangan meluru mencubit lengannya.

"Adoiiii! Aww..Adoiii!!" rasakan! Cubitan semakin bertalu-talu hinggap di lengan dan perutnya. Biar, puas hati aku!

"EHEMMM!" Alamak! Abah?

"Dah lama Nil?" soal abah bersahaja dalam nada cool sambil meletakkan seplastik sayur di atas meja.

"Err..baru je abah, Eh!! Pak long!" Aznil sengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Aku bulat mata kasi amaran. Gila, ingat abah suka agaknya. Abah tu buka aku tak tahu, nampak je cool..kang kalau bukak ceramah kang.. berdesing-desing telinga! Tapi tak tahulah kalau dengan Aznil bakal menantu kesayangannya ini. Kadang-kadang aku tak faham abah ni. Namun aku dapat merasakan, kalau aku tolak pinangan dari keluarga Aznil dulu pasti abah suruh terima juga. Bapa Aznil dengan abah memang kawan baik sejak dari kecil lagi. Tak hairanlah kalau kami dijodohkan semata-mata untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Iyelah, kalau bukan dengan Aznil siapa lagi? Dia anak bongsu, kebetulan semua abang dan kakaknya sudah berumah tangga.

"Dian, nanti panaskan sup tu," pesan abah. Aku menurut perintah. Abah mula sibuk memunggah barang-barang dari bonet vannya.

"Yang, anje balik dulu ye?" Makkk!!! Aznil tertawa lucu sambil bersalam dengan abah sebelum menghidupkan enjin motor buruknya. Sial betul dia ni, suka buat perkara yang aku benci. Ha ha ha..Alamak..abah sudah terbahak-bahak tertawa melihat telatah kami berdua. Ya Allah.. malunya!

"Dian balik kejap bah," tanpa lengah aku cabut lari balik kerumah. Nantilah kau!

........bersambung........

try , Rabu, Mei 17, 2006 | 1 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

1 ulasan :

  1. Hi.. found this blog by google.. just to inform that this Novel not written by me.. i just copy paste from the other site.. please remove wording 'by Arina Melissa Idayu'.. the real writer is Nor Erny Othman.. thanks..

    BalasPadam

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog