2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Memilih perisian antivirus terbaik

SEKALI lagi isu yang paling hangat diperkatakan pada masa ini ialah isu yang berkaitan dengan serangan virus. Minggu ini sahaja (ketika artikel ini ditulis), dunia dikejutkan dengan serangan virus yang dianggap paling dahsyat kerana begitu cepat merebak dalam rangkaian Internet. Virus yang dikenali sebagai MyDoom ini telah dua kali menyerang Internet menerusi e-mel dan dikatakan sebagai satu serangan jenayah paling buruk pernah berlaku. Dua versi virus tersebut iaitu MyDoom.A dan MyDoom.B dipercayai telah disebarkan oleh individu yang sama berdasarkan kajian yang dibuat oleh pakar-pakar dalam keselamatan komputer. Kedahsyatan serangan virus ini telah menyebabkan gergasi perisian dunia iaitu Microsoft menawarkan ganjaran sebanyak hampir RM 1 juta kepada sesiapa yang berjaya menyalurkan maklumat atau membantu pihak berkuasa untuk menangkap pembangun virus ini. Selain daripada Microsoft, SCO Group Inc iaitu pemilik sistem operasi Unix juga telah mengambil langkah yang sama iaitu dengan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya memberi maklumat kepada pihak berkuasa sehingga tertangkapnya individu yang terlibat dengan serangan ini. Apa yang menarik ialah isu ini turut mendapat perhatian yang serius oleh pihak FBI dan Interpol.

Sementara itu, dalam masa yang sama, kita sebagai pengguna juga perlu berhati-hati ketika menggunakan komputer terutamanya ketika melayari Internet dan membuka e-mel kerana kebanyakan serangan virus atau worm adalah berpunca dari dua sumber ini. Beberapa langkah proaktif perlu diambil bagi mencegah serangan virus atau worm ini misalnya memasang perisian antivirus, sentiasa mengemaskinikan perisian antivirus, melakukan imbasan keatas pemacu dan dokumen secara berkala dan menggunakan penapis ketika membuka e-mel.

Memasang perisian antivirus adalah merupakan langkah yang mula-mula sekali perlu dilaksanakan dan dianggap mandatori pada masa ini berdasarkan kepada suasana atau persekitaran rangkaian yang begitu banyak diancam oleh virus dan worm. Dengan lambakan perisian antivirus di pasaran, pengguna boleh memilih perisian yang sesuai mengikut keutamaan penggunaan dan peruntukan yang sedia ada. Malah ada perisian antivirus yang sangat bagus boleh didapati secara percuma di Internet. Antara perisian antivirus yang boleh dipertimbangkan ialah seperti berikut:

Perisian : AVG Antivirus
Versi : 6.0
Harga : Freeware
Boleh beroperasi dengan : Windows 95/98/Me/NT/2000/XP
Pengeluar : GRISOFT Inc - www.grisoft.com

Perisian : Norton Antivirus
Versi : 2004
Harga : USD 49.95
Boleh beroperasi dengan : Windows 98 / XP / NT 4 / 2000 / Me
Pengeluar : Symantec - www.symantec.com

Perisian : McAfee Antivirus Virus Protection
Versi : N/A
Harga : Shareware (Bermula dari USD 34.95)
Boleh beroperasi dengan : Windows 95/98/Me/2000/XP/NT
Pengeluar : McAfee - http://us.mcafee.com/

Perisian : Panda Antivirus Platinum
Versi : 7.02
Harga : Shareware (USD 69.95)
Boleh beroperasi dengan : Windows 95/98/Me/2000/NT/XP
Pengeluar : Panda Software - www.pandasecurity.com

Perisian : AntiVirÆ Personal Edition
Versi : 6.22
Harga : Freeware
Boleh beroperasi dengan : Windows 9x/Me andXP/NT/2000
Pengeluar : H+BEDV Datentechnik GmbH - www.free-av.com

Perisian : eTrust EZ Antivirus
Versi : 6.0
Harga : Shareware
USD 19.95
Boleh beroperasi dengan : Windows/98/Me/NT/2000/XP
Pengeluar : Computer Associates - http://www.my-etrust.com/products/Antivirus.cfm

Perisian : DSAVÆ - DialogueScience Anti-Virus Kit
Versi : N/A
Harga : Freeware
Boleh beroperasi dengan : Windows 95/98/Me/NT/2000/XP
Pengeluar : DialogueScience Inc - http://www.dials.ru/english/dsav_toolkit/

Perisian : F-Secure Antivirus
Versi : 2004
Harga : Shareware (Bermula dari USD 56.90)
Boleh beroperasi dengan : Windows 98/Me/2000/XP
Pengeluar : F-Secure - http://www.f-secure.com/

Perisian : avast! 4 Home Edition
Versi : 4.1.319
Harga : Freeware
Boleh beroperasi dengan : Win95,Win98,WinMe,WinNT 4.x,WinXP,Windows2000
Pengeluar : ALWIL Software - www.avast.com

Perisian : Kaspersky Antivirus
Versi : N/A
Harga : Shareware
USD 45.95
Boleh beroperasi dengan : Win95,Win98,WinMe,WinNT 4.x,WinXP,Windows2000
Pengeluar : Kaspersky Lab International - http://www.kaspersky.com/

Perisian : BitDefender Professional 6.5
Versi : 6.5
Harga : Shareware
USD 44.95
Boleh beroperasi dengan : Win 95/98/Me/NT/2000/XP
Pengeluar : Softwin Ltd - http://www.bitdefender.com/index.php

Perisian : VCatch Basic
Versi : 5.0
Harga : Freeware
Boleh beroperasi dengan : Windows 95/98/Me/2000/NT4/XP
Pengeluar : VCatch - www.vcatch.com


try , Ahad, Februari 05, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog