2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Ajar minda jadi tenang




skyscraping
Originally uploaded by SobiC.


Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

APABILA seorang teman memberitahu dia dapat mengatasi masalah darah gemuruh melalui hipnoterapi atau rawatan hipnosis, sukar untuk mempercayainya. Bagaimana hipnoterapi yang dilakukan dalam keadaan separuh sedar boleh meningkatkan keyakinan dalam masa singkat?

Namun, menurut teman tadi, semuanya boleh dilakukan asalkan ada kemahuan dan kesungguhan. Mendengar katanya, penulis semakin keliru, apatah lagi terbayangkan kaedah hipnosis menggunakan rantai yang dihayun di depan mata seseorang sehingga dia ‘khayal’ seperti yang kerap ditonton di televisyen sedikit masa dulu.

Pengamal hipnoterapi, Sheila Menon, tertawa mendengar perkara ini kerana ia jauh berbeza dengan rawatan hipnosis klinikal bagi membantu individu bermasalah. Malah, tiada sesiapapun berhak dihipnosis tanpa keizinan individu itu sendiri.

Hipnosis ialah keadaan separa sedar yang membuatkan seseorang tenang (fizikal dan mental) hingga membolehkan dia membuat perubahan kelakuan seperti dikehendakinya. Dalam keadaan ini minda seseorang menjadi lebih reseptif iaitu mudah menerima idea atau cadangan baru.

Kata Menon, ia boleh dilakukan dengan memberi cadangan positif kepada minda separuh sedar tadi oleh pengamal hipnoterapi. Hipnosis ialah cara paling berkesan untuk kita berhubung atau berkomunikasi dengan diri sendiri yang dalam keadaan paling reseptif. Maknanya, kita berpeluang memperbaiki kelemahan diri atau mengatasi masalah dihadapi.

“Gaya hidup moden dengan persekitaran yang sentiasa mencabar menyebabkan ramai orang mengalami tekanan. Sedikit tekanan memang diperlukan bagi merangsang semangat, tetapi ia boleh mendatangkan masalah jika tidak pandai mengawalnya.

“Hampir 65 peratus individu yang mengalami tekanan mengakui mereka mudah marah, risau dan sukar bertenang, terutama apabila berdepan masalah. Bermula dari sini banyak masalah berbangkit akan timbul jika dibiarkan berterusan,” katanya.

Ketika kita mengalami tekanan, otak akan mengarahkan kelenjar adrenal pada buah pinggang merembeskan hormon adrenalin dan kortisol yang membantu meningkatkan daya tumpuan, kekuatan serta mempercepatkan tindakan. Hormon ini akan kembali ke paras asal apabila tekanan hilang.

Malangnya, tidak ramai antara kita dapat meredakan gangguan emosi dalam jangka masa singkat. Biasanya, ia berlanjutan hingga masalah baru timbul dan badan akan menghasilkan lebih banyak hormon tekanan. Akibatnya, paras hormon tekanan akan berganda daripada normal.

Antara cara terbaik mengawal tekanan ialah belajar berehat dan bertenang. Namun, dua perkara ini lebih mudah diucap daripada dilaksanakan, tetapi ia bukan mustahil. Banyak cara boleh dilakukan untuk meredakan tekanan; terpulang kepada pilihan masing-masing.

Kaedah hipnoterapi bukan sekadar mereda atau mengatasi tekanan saja, tetapi ia memberi peluang kepada individu berkenaan membuat perubahan positif dalam hidupnya tanpa perlu meningkatkan paras adrenalin dalam badan.

Hipnoterapi klinikal

Hipnoterapi klinikal bermakna menggunakan kaedah hipnosis bagi merawat pelbagai masalah kesihatan badan dan psikologi. Hasil hipnoterapi ini berbeza antara individu. Kesannya dapat dinikmati dalam tempoh lama dan kadangkala menjadi kekal — jika ia dilakukan pengamal hipnoterapi berkemahiran.

Hipnoterapi diterima secara meluas dalam dunia perubatan Barat. Antara masalah yang boleh diselesaikan melalui hipnoterapi ialah membuang tabiat buruk seperti merokok, menggigit kuku, kencing di katil, berat badan berlebihan, fobia, sukar tidur dan gangguan emosi.

Malah, ada pesakit mendakwa berjaya mengurangkan masalah kesihatan mereka seperti tekanan darah tinggi, kerengsaan sistem usus, kawalan kesakitan termasuk akibat artritis serta masalah kulit dan seksual.

Bagaimanapun, Menon menegaskan, sebagai rawatan alternatif, hipnoterapi bukan bertujuan mengambil alih rawatan moden, sebaliknya melengkapkan kaedah rawatan sedia ada bagi kebaikan pesakit. Secara umumnya tekanan menjadi punca kepada banyak masalah kesihatan.

Kebolehan mengawal dan mengatasi tekanan banyak memberi kesan positif, terutama kepada lelaki sihat yang mengalami masalah seksual seperti erektil disfungsi.

Bagaimana ia dilakukan? Sebelum memulakan rawatan, pesakit perlu memastikan pengamal hipnoterapi benar-benar mengambil berat keadaan mereka. Biasanya, ia dimulakan dengan perbualan mengenai sejarah klinikal bagi mendapatkan kepercayaan pesakit.

“Hanya apabila pesakit berasa selesa, baru dia boleh memulakan hipnoterapi. Sasaran atau impian pesakit perlu dibincangkan supaya ia boleh disebutkan ketika minda pesakit dalam keadaan separa sedar,” katanya.

Banyak cara boleh dilakukan untuk mencapai minda separuh sedar sama ada berbaring atau duduk, mengikut keselesaan pesakit. Pesakit mungkin diminta membayangkan keadaan yang selesa dan pendengaran ditumpukan kepada suara pengamal hipnoterapi.

Cara ini bukan saja boleh membuatkan minda kita tenang, tetapi secara tidak langsung merangsang seluruh anggota badan untuk turut berehat.

Malah, pesakit boleh kembali ke minda sedar sepenuhnya pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.

Kesan hipnoterapi ini juga berbeza antara individu. Ada yang memerlukan lima atau enam sesi sebelum kesannya dapat dirasai. Walau apa pun cara digunakan, tujuannya tetap sama iaitu mengembalikan kawalan yang hilang yang menyebabkan masalah.

Kata Menon, hipnosis boleh dilakukan sendiri, terutama untuk mengatasi tekanan. Caranya, baring di katil dan rehatkan semua otot dan lapangkan fikiran. Kemudian bayangkan perkara yang anda ingin lakukan. Gunakan imaginasi seolah-olah anda melakukan perkara berkenaan. Ia juga cara terbaik untuk mengatasi perkara digeruni seperti darah gemuruh.

Latihan yang dilakukan di dalam minda sebenarnya turut memberi kesan besar kepada keyakinan seseorang kerana ia boleh diulang sekerap mungkin secara bersendirian tanpa meningkatkan paras adrenalin dalam badan.

“Kaedah hipnosis sendiri jika diamalkan selama 21 hari boleh membantu anda memupuk sifat positif, keyakinan dan keupayaan diri. Apabila mahir, ia boleh dilakukan di mana saja, termasuk ketika menunggu kenderaan awam supaya anda sentiasa tenang. Namun paling penting ialah kesungguhan kita untuk memupuk sifat positif dalam diri,” katanya.

Bagi yang berminat, anda boleh menyertai kelas hipnosis klinikal untuk meningkatkan kemahiran diri. Untuk keterangan lanjut, hubungi talian 03-2092 3950 atau layari laman web www.hypnosis-malaysia.com atau menghantar emel ke info@hypnosis-malaysia.com.

try , Sabtu, Januari 14, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog