Khamis, 24 April 2014

Saudi kesan 11 kes baru MERS

RIYADH, 23 April 2014 - Arab Saudi mengenal pasti 11 kes baru jangkitan Sindrom Pernafasan Koronavirus Timur Tengah (MERS -CoV) semalam yang turut membabitkan seorang remaja berusia 13 tahun.
 
Pengumuman itu dilakukan selepas pemangku Menteri Kesihatan, Adel Fakieh, berjanji untuk memastikan masyarakat umum mendapat maklumat terbaik mengenai virus berkenaan.
Kes terbaru itu sekali gus menjadikan jumlah jangkitan MER-CoV di negara ini mencecah 272 kes, manakala angka kematian kini meningkat kepada 81 orang.
 
Kebanyakan kes terbaru itu dikesan berlaku di Riyadh dan hab komersial, Jeddah selain satu kes di Mekah. - AFP
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan