Khamis, 24 April 2014

Saintis pantau aisberg terbesar terpisah dari Antartika

WASHINGTON, 24 April 2014 - Para saintis kini sedang memantau keadaan sebuah aisberg berukuran enam kali bandar raya Manhattan, yang terpisah dari glasier Antartika dan kini menuju ke kawasan lautan terbuka.
Pakar glasier NASA, Kelly Brunt berkata, keluasan aisberg yang dikenali sebagai B31 yang terpisah dari Antartika pada akhir Novermber lalu itu, berukuran 660 kilometer persegi dengan ketebalan 500 meter.
 
"Kami kini sedang memantau keadaan salah satu daripada aisberg terbesar dan dijangkakan ia akan bergerak ke kawasan lautan yang tidak menjadi tumpuan kapal-kapal," jelasnya. - Reuters
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan