/

CerPen :: Bagai Itik Pulang Petang [Bahagian Ketiga]

"Terima kasih Sarah! Sarah memang best."
 
Saya mengambil asam jawa yang telah siap diletakkan di dalam plastik dan bergerak ke motor.
 
"Abang!" jerit Sarah.
 
Saya menoleh.
 
"Nah bakinya. Sarah tolong abang ikhlas."
 
"Yahooo!!" jerit saya.
 
Sarah ketawa. Saya suka.
 

 
Akhirnya, daripada nombor telefon yang Sarah dapatkan untuk saya, saya mesej Siti. Selalu saya
menelefon dia. Walaupun tidak dapat berjumpa, saya sering bercakap dengan dia. Petang-petang,
sudah menjadi kebiasaan bagi saya, menunggu Siti di tempat bas kilang selalu berhenti. Kalau
berjumpa dengan Siti, selalu Sarah ada menemani. Siti lebih banyak berdiam, Sarah pula lebih
banyak bercakap dan bersembang. Saya tak kisah, asalkan Siti ada bersama saya.
 
Saya sudah membentangkan angan-angan, saya akan berkahwin dengan Siti dan Siti bakal
menjadi ibu kepada anak-anak saya. Saya yakin, perkahwinan saya dengan Siti bakal melenyapkan
permusuhan antara mak Siti dan mak saya. Saya berharap benar!
 
Suatu hari…
 
"Azman." Panggil mak.
 
"Azman ada ganggu ke anak Pak Hanip?"
 
Saya tersentak. Saya tak berani hendak menyuarakan apa-apa selagi saya tidak tahu apa sebab
mak bertanyakan begitu kepada saya. Mesti ada sesuatu!
 
"Kenapa mak?"
 
"Mak dia serang mak! Mak dia tuduh anak mak sama gatal macam mak! Ganggu tunangan
orang."
 
Saya tersentak.
 
"Apa maksud mak?"
 
"Siti Nurhanis itu tunangan orang."
 
Saya tergamam.
 
"Mak tak mahu Man. Orang cakap-cakap macam tu Man!" Mak sudah menangis.
 
"Man tak buat mak…"
 
Saya mengesat air mata mak! Kejap lagi saya akan hubungi Siti, tetapi bukan untuk menamatkan
hubungan tetapi untuk menyelesaikannya. Tunangan orang? Sejak bila?
 
 

 
"Abang call dia, dia tak angkat Sarah!"
 
Saya terpaksa berjumpa dengan Sarah, setelah Siti tidak lagi mengangkat telefon saya.
 
Sarah terdiam. "Bukan dia tak mahu angkat abang Man. Telefon dia sudah ditarik. Kilang pun dah
berhenti. Tapi dia ada suruh sampaikan ini pada abang."
 
Sarah memberikan sekeping kertas kepada saya dan saya membacanya perlahan…
 
"Maafkan Siti, abang Man. Bukan Siti tak suka dekat abang Man tetapi Siti bukanlah untuk abang
Man. Siti tidak mahu mak Siti terluka kalau Siti pilih abang Man."
 
Saya menelan air liur. Pertama kali saya jatuh cinta dan pertama kali cinta saya ditolak sebegitu
rupa. Rupanya saya tidaklah bertepuk sebelah tangan namun cinta saya masih punya halangan.
Saya tidak tahu sama ada mahu bergembira atau mahu bersedih. Saya tahu, Siti sukakan saya,
tetapi kerana tuntutan keluarga, dia lebih memilih kehendak keluarga berbanding kehendak dirinya.
Siti, memang luar biasa bagi saya.
 
"Terima kasih Sarah. Sarah banyak tolong abang Man."
 
"Abang Man janganlah bersedih hati. Banyak lagi perempuan dekat luar sana yang baik dan cantik
macam Siti Nurhanis."
 
Saya tersenyum. "Sekarang ni, abang Man tak mahu cari yang cantik. Cari bagai itik pulang petang
pun tak apa, Sarah! Asalkan dapat bahagiakan abang sampai hujung nyawa."
 
Bibir Sarah mengukir senyuman manis yang sampai sekarang saya masih teringat akan senyuman itu.
Dia tidak pernah marah apabila saya sering mengusiknya, Sarah berjalan bagai itik pulang petang.
Sarah hanya tergelak dan tersenyum seperti selalu.
 
Saya agak sedih setelah mendengar jawapan Siti sendiri. Seminggu saya tak lalu makan, saya tak
ada keseronokan untuk bekerja. Semuanya kerana Siti! Sesungguhnya hebat betul penangan cinta
pandang pertama. Apatah lagi cinta yang tidak kesampaian.
 
"Kenapa ni Man? Mak tengok kamu asyik termenung saja. Bulan lepas kamu seperti di lamun cinta,
bulan ini kamu seperti berduka."
 
"Saya putus cinta ni mak. Gara-gara orang yang saya suka, mengikut pilihan keluarga."
 
"Biarlah Man. Doakan saja yang terbaik buat dirinya. Kamu carilah orang lain Man. Mana tahu yang
kamu dapat itu, lebih baik."
 
Saya hanya tersenyum. Tetapi dalam hati, hanya Allah yang tahu betapa peritnya menanggung
sakit luka di hati. Selepas ditegur mak, saya sudah tidak lagi menunggu Siti. Saya redhakan dia pergi
dari hati saya.
 

 
 
 
 
.......Bersambung......

Oleh ISKANDAR DANIEL
Unknown , Jumaat, April 25, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog