Jumaat, 17 Mei 2013

Toyota atasi Samsung, muncul sebagai syarikat terbesar di Asia

TOKYO, 16 Mei 2013 - Toyota berjaya memintas syarikat Korea Selatan, Samsung Electronics untuk menjadi syarikat terbesar Asia dari segi nilai pasaran selepas saham pengilang automobil Jepun itu bertambah sekali ganda tahun lalu.

Pada pagi semalam, pasaran permodalan Toyota berada pada 21.89 trilion yen (RM642 bilion), menewaskan pengeluar gergasi tablet komputer dan telefon pintar Galaxy, dengan nilai 20.26 trilion yen (RM594 bilion).

 

Toyota yang juga pengilang kereta terbesar dunia, menyaksikan sahamnya melonjak ekoran keputusan kewangan yang semakin baik dengan pembuat Corolla dan Camry itu mengatakan minggu lalu keuntungan bersihnya setahun penuh melebihi tiga kali ganda.

 

Samsung mengambil alih nilai pasaran dari gergasi Jepun itu pada 2011, menurut akhbar harian Nikkei Bussines ketika konglomerat Korea Selatan itu meraih keuntungan besar dalam persaingan dunia dengan pesaingnya, Apple dari Amerika Syarikat.

 

Senarai saham Toyota Tokyo didagangkan pada 6,350 yen (RM186) semalam, mengakhiri sesi kelmarin dengan 6,440 yen (RM189), melebihi sekali ganda pada penutupan harga 3,165 yen (RM93) pada hari sama setahun lalu. - AsiaOne

Tiada ulasan:

Catat Ulasan