GEORGE TOWN, 17 Mei 2013 - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa rakyat Malaysia mengurangkan garam dan bahan perasa ketika memasak untuk membendung hipertensi.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris menggesa rakyat Malaysia menggunakan herba dan bahan perasa asli untuk menyedapkan makanan dan mengamalkan cara pemakanan sederhana yang kurang garam dan bersos ketika makan di luar.
Beliau berkata, garam menjadi sumber utama natrium dalam makanan penduduk Malaysia dan cara hidup yang moden menggalakkan orang ramai mengambil makanan diproses yang mengandungi kandungan garam (natrium) yang tinggi.
"Kajian terbaru menunjukkan penduduk Malaysia didapati mengambil kira-kira 8.7 gram (3,419 mg natrium) sehari iaitu 1.7 kali lebih tinggi daripada lima gram garam (2,000 mg natrium) sehari yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan