Menjelang akhir tahun lalu, dianggarkan 4.1 bilion penduduk dunia memiliki alat komunikasi itu, berbanding cuma satu bilion pada 2002, menurut laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa PBB.Langganan talian tetap meningkat agak perlahan kepada 1.27 bilion daripada kira-kira satu bilion tempoh sama.
“Wujud perubahan jelas kepada telefon bimbit selular,” kata agensi itu, sambil menambah negara membangun kini membentuk kira-kira dua pertiga daripada penggunaan telefon selular.
Pada 2002, tidak sampai separuh daripada langganan telefon di seluruh dunia adalah di negara membangun.
Penggunaan internet turut meningkat lebih dua kali ganda. Anggaran 23 peratus penduduk dunia menggunakan internet tahun lalu, bertambah daripada 11 peratus pada 2002.
Jalur lebar tetap juga meningkat kepada hampir 20 peratus di negara kaya, manakala secara global cuma satu dalam 20 orang mempunyai capaian kepada sambungan pantas internet di rumah. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan