Rabu, 24 September 2008

Coca-Cola kekal jenama terbaik dunia

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Apakah persamaan yang ada pada Google, Apple, Amazon.com, Zara dan Nintendo - kesemua telah diiktiraf sebagai Jenama Global Terbaik Interbrand.

Di sebalik pencapaian mereka, penarafan untuk syarikat gergasi perkhidmatan kewangan seperti Merrill Lynch, Citi dan Morgan Stanley pula mengalami kemerosotan.

Coca-Cola terus mengekalkan kedudukan sebagai jenama global terbaik bagi lapan tahun berturut-turut sementara IBM mengambil alih kedudukan Microsoft di tempat kedua. Google juga menjadi antara 10 jenama utama selepas berada ditangga ke 20, tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Global Interbrand, Jez Frampton berkata, penarafan itu mencerminkan keadaan global ekonomi sekarang dengan krisis kredit di Amerika Syarikat, pertumbuhan pasaran bearu muncul serta penekanan terhadap pengekalan jenama itu. - utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan