Sabtu, 12 Julai 2008

Saintis boleh ramal gempa

Penyelidik Amerika kesan perubahan batu sebelum berlaku gegaran

WASHINGTON: Saintis mencapai kemajuan penting dalam usaha meramal kejadian gempa bumi apabila mengesan perubahan pada batu disebabkan tekanan yang berlaku beberapa jam sebelum dua gegaran kecil dirasakan di Gelinciran San Andreas di California.

Laporan jurnal Nature menyebut, sepasukan penyelidik Amerika Syarikat melakukan pemerhatian dengan menggunakan alat pengesan selepas ia ditanam jauh dalam lubang yang digali di zon gempa.

Pasukan saintis itu berkata, mereka masih jauh dari ramalan gegaran rutin tetapi penemuan terbaru membawa harapan ramalan perkhidmatan seumpama itu mungkin dapat digunakan satu hari nanti.

Jika mendapat amaran 10 jam sebelum ini, anda boleh memindahkan penduduk, boleh mengarahkan orang ramai keluar dari bangunan, boleh meminta jabatan bomba bersiap sedia.

“Amaran taufan memberi idea kepada anda apa yang boleh dilakukan,” kata penulis bersama kajian, Paul Silver dari Institut Sains Carnegie Washington kepada program ‘Science In Action’ terbitan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). - Agensi

bh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan