Kajian Genetik Kanser Payu Dara CARIF-UM, yang dijalankan Yayasan Inisiatif Kajian Kanser (CARIF) dan Universiti Malaya (UM), telah melibatkan lebih 800 wanita Malaysia dengan kanser payu dara.
Menurut kajian itu, perubahan genetik menyebabkan setiap individu mempunyai 80 peratus risiko sepanjang hayat untuk mendapat kanser payu dara dan 40 peratus risiko sepanjang hayat untuk mendapat kanser ovari.
Kajian itu menunjukkan bahawa sebilangan wanita Malaysia mungkin mewarisi gen daripada ibu atau ayah mereka yang meningkatkan risiko mereka mendapat kanser payu dara.
"Penemuan ini sangat penting kerana pengkaji-pengkaji kita mendapat bukti kukuh berkenaan gen rakyat Malaysia dan menunjukkan bahawa kita mewarisi risiko warisan yang sama terhadap kanser payu dara sebagaimana wanita Kaukasia," kata Ketua Pegawai Eksekutif CARIF Dr Teo Soo-Hwang.
" Apabila kami melibat kepada statistik global kanser payu dara, kami mungkin lihat kadar kanser payu dara adalah rendah di kalangan orang Asia berbanding orang Kaukasia, dan lebih rendah di negara membangun berbanding negara maju.
" Sebagai contoh, satu daripada 20 rakyat Malaysia mendapat kanser payu dara berbanding satu dalam 10 wanita di Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
" Secara amnya, rakyat Malaysia memandang mudah bahawa kita kurang berisiko mendapat kanser payu dara kerana gen Asia kita yang "baik", katanya. - bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan