Kajian tersebut telah dijalankan oleh Nicolas Gueguen dan Celine Jacob dari Universiti of Southern Brittany di sebuah restoran piza kedua popular di bandar Brittany, Perancis yang berkapasiti 22 meja.
Mereka mendapati kebanyakan pengunjung memilih makanan yang berharga murah walaupun harga tersebut hanya kurang satu sen berbanding sebelumnya.Dalam kajian tersebut, pada dua minggu pertama harga piza telah ditetapkan pada 8.00 Euro (RM40.70) dan makanan lain turut ditetapkan berakhir pada angka kosong sebelum harga piza diturunkan satu sen kepada 7.99 Euro (RM40.32) pada hari keempat dan harga makanan lain dikekalkan pada harga yang berakhir dengan angka kosong.
Bagaimanapun, kesemua harga makanan di restoran ini diturunkan satu sen, berakhir pada angka sembilan dua minggu pada dua minggu terakhir.
Namun, kajian itu mendapati populariti piza yang hanya lebih murah satu sen itu meningkat kepada 15 peratus pada dua minggu terakhir dan menjadi restoran paling popular di bandar ini. - AFP
utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan