Dikenali sebagai 'pisau tebuan', yang boleh menghasilkan bebola mengandungi gas yang mampu membunuh mangsa segera, kini mungkin dibawa masuk ke Britain.Akhbar Daily Mail melaporkan, jarum yang dilekatkan pada hujung pisau itu boleh menyuntik bebola gas yang dengan segera dapat membesar menjadi saiz bola keranjang, dan membekukan organ.
Polis Metropolitan memberitahu unit di West Midlands supaya mengawasi pisau berkenaan, yang direka untuk membunuh jerung dan beruang. Mereka juga lebih bimbang jika senjata berharga £200 (RM1,280) mungkin jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab.
Senjata buatan Amerika Syarikat itu dijual kepada pemburu dan penyelam dan menyuntik gas pembeku apabila picu kecilnya ditekan.
Pengeluar menggambarkan ia sebagai sesuai digunakan juruterbang yang ditembak jatuh, anggota tentera dan pengawal keselamatan serta bermegah-megah ia akan ‘mengalahkan banyak pemangsa darat terbesar dunia.’
Ia boleh membekukan semua tisu dan organ di kawasan tikaman dengan segera.
Sumber Polis West Midlands berkata: “Polis Metropolitan amat bimbang mengenai perkara ini dan berikutan itu mereka mengedarkan maklumat ini. Polis Metropolitan mempunyai maklumat ia sudah berada di pasaran. Saya rasa ia cuma menanti masa sebelum digunakan kerana internet menjadikannya lebih mudah untuk dibeli.” - Agensi
bh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan