Selasa, 15 Julai 2008

Penyelidik dakwa petir mungkin punca lelah

WASHINGTON: Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat mengaitkan kejadian ribut serta kilat sebagai penyebab serangan lelah.

Hasil kajian penyelidik Universiti Georgia itu adalah yang pertama mengaitkan kejadian alam itu dengan kesannya kepada kesihatan awam.

Penyelidik itu meneliti pangkalan data membabitkan lebih 10 kunjungan di bilik kecemasan kira-kira 41 hospital antara 1993 dan 2004. Ia mendapati, peningkatan tiga peratus kes lelah pada hari-hari berlakunya kejadian ribut petir berkenaan.

Biarpun peningkatan risiko cuma tiga peratus itu dilihat sebagai sederhana, ia tetap menggambarkan kesan ketara jika ia membabitkan kawasan yang mempunyai lebih lima juta penduduk,” kata Andrew Grundstein, penyelidik dan pakar cuaca Universiti Georgia.

Sebagai langkah susulan, penyelidik itu juga buat pertama kali, menggunakan sampel radar dan data hasil pemantauan bagi membuktikan kaitan lelah dengan kejadian ribut petir.

“Kajian ini membuka langkah penggunaan mekanisme bersesuaian bagi mengaitkan fenomena yang kelihatan pelik, tetapi menjadi pencetus serangan lelah,” kata seorang lagi penyelidik, Paige Tolbert.

Berjuta-juta orang di seluruh dunia menghidap lelah dan bilangannya semakin ketara dengan peningkatan 75 peratus kes bagi tempoh 1980 dan 1994. - Agensi

bh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan