Menurut kenyataan dikeluarkan, HSBC merupakan bank pertama bukan syarikat Amerika Syarikat yang meneraju kaji selidik itu sejak 1999 dan mendahului carta modal dan keuntungan sebelum cukai yang mencecah rekod baru pada tahun lepas.
Kaji selidik itu mendapati bank AS hanya menduduki 14 peratus pada carta 1000 terbaik keuntungan selepas cukai, berbanding 24 peratus pada tahun lalu, manakala bank-bank Asia meningkat kepada 19 peratus berbanding 12 peratus sebelum ini.
Keuntungan bank-bank Eropah kekal pada 41 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Tambah kenyataan itu, pada April lalu HSBC juga berada padakedudukan tertinggi senarai Forbes 2000 sebagai syarikat terbesar dunia yang merupakan syarikat pertama bukan AS mencapai tahap itu.
Pencapaian itu diukur berdasarkan peningkatan sebanyak 26 peratus pertumbuhan perolehan tahunan dan 31 peratus bagi pendapatan bersih sejak lima tahun lalu. - utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan