Sehubungan itu, Pensyarah Pusat Pengajian Fizik Gunaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Mustaffa Abdullah, menyarankan agar semua pengeluar telefon bimbit menjadikan alat penyerap gelombang sebagai aksesori wajib pada telefon bimbit.
"Alat itu mungkin dalam bentuk yang solid, bulat atau leper dan yang pasti ia untuk mengelak gelombang terus pada otak,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis syarahan perdana Komposit Ferit sebagai Penyerap Mikrogelombang di UKM semalam.
Menurut beliau, penyerap tersebut boleh dimanfaatkan daripada bahan tempatan seperti getah asli serta besi yang boleh membantu mengelak penyerapan gelombang sehingga seratus peratus."Dalam kajian yang dijalankan mendapati, ada alat penyerap pada telefon bimbit diletak pada belakang atau depan telefon, tapi dalam kuantiti pengawalan arus gelombang yang sangat sedikit,'' katanya. - Kosmo!
Katanya, walaupun banyak telefon bimbit mempunyai alat penyerap, ia tidak dapat berfungsi menyekat sepenuhnya aliran gelombang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan