Penemuan itu menyebabkan sebuah syarikat Hong Kong berharap memperoleh berjuta kulit keldai setiap tahun untuk diproses menjadi ubat tradisional berkenaan.
Kawasan Wilayah Utara di Australia memiliki kira-kira 300,000 keldai liar dan seorang pengeksport, John Fleming, mahu memburu haiwan itu untuk dijual.
“Mereka hanya mahukan kulit, kelihatannya terdapat ekstrak tertentu dalam kulit haiwan itu yang dapat digunakan sebagai ubat tradisional.
“Mereka mahukan kulit keldai yang banyak dan terdapat keldai liar yang banyak di luar sana untuk diburu,” katanya.
Kulit keldai digunakan dalam bidang perubatan Cina untuk mendapatkan ekstrak Ejiao untuk dijadikan Nu Bao iaitu ubat bagi meningkatkan nafsu wanita selain melegakan kesakitan ketika haid.- Agensi
bh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan