Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata, hasil siasatan KWSP mendapati berlaku beberapa kes penipuan dan cubaan menipu pengeluaran yang membabitkan sejumlah besar wang daripada simpanan ahli.
"Sindiket ini menggunakan modus operandi yang sama iaitu mensasarkan ahli yang terdesak atau kesempitan wang.
"Ahli akan dipujuk untuk menyerahkan dokumen peribadi mereka seperti salinan kad pengenalan, penyata akaun bank dan kad ATM sebagai sebahagian daripada syarat untuk menipu pengeluaran," katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Sehubungan itu, KWSP menasihati ahlinya supaya melaporkan kepada polis dengan segera jika mereka dihubungi individu yang menawarkan bantuan bagi pengeluaran simpanan mereka untuk skim pengeluaran khusus seperti tujuan perumahan, pendidikan dan kesihatan.
Beliau berkata, ahli yang ingin memohon bagi pengeluaran KWSP dinasihati berurusan terus dengan KWSP yang tidak mengenakan sebarang bayaran bagi perkhidmatannya dan bukannya daripada pihak ketiga.
"Walaupun kami sedar memang terdapat sebilangan ahli yang diperdaya untuk mengeluarkan simpanan KWSP mereka, ada antara ahli yang sengaja mengeluarkan simpanan secara tidak sah.
"KWSP ingin menegaskan yang penipuan pengeluaran adalah kesalahan serius dan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991 dan jika disabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun"
Beliau berkata, simpanan KWSP bertujuan menjamin kedudukan kewangan ahli selepas bersara dan mereka tidak sepatutnya terbabit dengan sindiket penipuan dan menghabiskan simpanan bagi hari tua mereka sebelum tiba masanya. - bh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan