AJAIB: Nurul Ain Balqis yang berusia sembilan hari mempunyai cuping telinga yang tertera kalimah Allah ketika dilahirkan.
PASIR MAS: Seorang bayi berusia sembilan hari yang dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dekat sini, memiliki ciri istimewa, apabila telinga kanannya tertera kalimah Allah.
Bayi berkenaan, Nurul Ain Balqis Izani, anak kepada pasangan Izani Hassan, 36, dan Normah Ismail, 23, lahir kira-kira jam 8.27 pagi 20 Julai lalu di hospital berkenaan.
Kalimah Allah itu disedari Normah sehari selepas melahirkan bayi berkenaan, yang juga anak ketiga ketika hendak dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Serendah, Chetok, Pasir Mas, dekat sini.
"Saya menyedari ada kalimah itu apabila mengangkatnya untuk dibawa pulang ke rumah dan menganggap keistimewaan itu sebagai anugerah Allah. Semoga Nurul Ain Balqis menjadi insan bertakwa dan sentiasa dalam keredaan Allah selalu," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, semalam.
Normah berkata, ketika kandungannya berusia enam bulan, beliau ada mengalami mimpi yang amat menakutkan, namun tidak mengendahkan perkara itu.
Katanya, sepanjang mengandung Nurul Ain Balqis, beliau tidak berdepan masalah alahan sehingga melahirkan anak ketiga itu.
“Bagaimanapun, saya terpaksa menunggu hampir 24 jam di bilik bersalin sebelum selamat melahirkan Nurul Ain Balqis,” katanya. - bh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan