Jambatan Sutong sepanjang 1,088 meter merentangi sungai terpanjang di China itu menghubungkan bandar-bandar Suzhou dan Nantong.Ia dibuka secara rasmi pada satu majlis semalam selepas tempoh percubaan selama sebulan, lapor akhbar Shanghai Daily hari ini. Jambatan enam lorong itu dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi di wilayah berkenaan di samping mengurangkan tempoh perjalanan antara Shanghai dan Nantong kepada sejam berbanding empat jam sebelum ini, menurut laporan itu. Sebanyak 30,000 kenderaan menyeberangi jambatan itu dalam sehari semasa tempoh percubaan, lapor agensi berita Xinhua. Jambatan bernilai AS$1.15 bilion (RM3.68 bilion) itu, mengatasi Jambatan Tatara sepanjang 890 meter di Jepun sebagai jambatan kabel terpanjang, menandakan satu kejayaan kejuruteraan China, menurut ketua jurutera projek, Wu Shouchang. – AFP utusan
Rabu, 2 Julai 2008
China miliki jambatan kabel terpanjang
SHANGHAI 1 Julai – Jambatan kabel terpanjang di dunia yang menghubungkan kedua-dua tebing Sungai Yangtze dibuka dengan rasmi di timur China semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan