NEW YORK - Pemuzik amatur, Tay Zonday menjadi terkenal secara tiba-tiba pada tahun lalu berikutan klip video muziknya Chocolate Rain mendapat tumpuan berjuta-juta pengunjung YouTube dari seluruh dunia.
Berikutan itu, laman perkongsian klip video tersebut memberi anugerah kepada pemuda berumur 25 tahun itu yang turut diterima oleh 11 pemenang lain dalam Anugerah Video YouTube 2007.
Para pengguna YouTube mengundi enam calon untuk kategori iaitu muzik, sukan, komedi, pengajaran, filem pendek, inspirasi, komentar, kreatif, politik, bersiri, saksi dan comel.
"Anugerah ini ibarat Anugerah Emmy. Ia akan menjadi Oscar. Ia akan menjadi lebih menarik dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi," kata Zonday dalam satu temu bual menerusi telefon.
Video kategori komedi dimenangi Neil Cicierega yang mengisahkan perbualan boneka Harry Potter and Professor Dumbledore.
Klip Battle at Kruger memenangi kategori penglihatan setelah video mengenai anak kerbau terlepas dari mulut buaya berjaya menarik perhatian 26 juta penonton. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan