Ujian darah juga dapat menilai keberkesanan ubat antidepresan dengan lebih cepat, dalam tempoh empat atau lima hari berbanding beberapa bulan sebelum ini.
Penyelidikan Kolej Perubatan Chicago, Universiti Illinois, Amerika Syarikat itu juga dikatakan dapat membantu pesakit mendapatkan rejimen terapi terbaik untuk masalah kemurungan mereka.
Kajian ke atas otak pesakit yang membunuh diri akibat kemurungan mendapati protein Gs alpha, yang merupakan protein penting proses penyampaian isyarat di dalam otak, ‘terperangkap’ pada bahagian tertentu sel otak.
Ini akan mengurangkan keupayaan protein berkenaan mengaktifkan bahan kimia neurotransmitter antara hujung sel-sel saraf yang diperlukan untuk penyampaian impuls perhubungan di dalam otak.
Pemberian ubat antidepresan tertentu didakwa dapat mengalihkan protein berkenaan dari tempat ia terperangkap dan membolehkannya kembali mengatur tindak balas neurotransmitter di dalam otak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan