Selasa, 11 Mac 2008

Virus demam aktif dalam suhu sejuk

MENURUT kajian, virus demam dipercayai sering menyerang manusia sewaktu suhu sejuk.

NEW YORK - Sekumpulan saintis di Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) mendakwa telah menemui sebab utama mengapa demam sering menyerang manusia pada waktu sejuk.

Dalam laporan diterbitkan jurnal Nature Chemical Biology, mereka mendapati virus terbabit disaluti bahan berlemak yang boleh mengeras seumpama jeli bagi melindungi ia daripada suhu sejuk.

Namun, pakar-pakar lain sangsi dengan penemuan baru itu kerana terdapat pelbagai virus demam yang ditemui di kawasan tropika.

Bagaimanapun, sebuah kajian membuktikan virus cuma menyerang sebaik salutan tersebut mencair.

Malah jika ia cair tidak cukup matang atau tidak sempat memasuki lapisan hos, ia akan mati. Ia sekali gus menyebabkan manusia bebas dari serangan demam biarpun dalam cuaca sejuk melampau.

Pengarah Institut Kesihatan Kanak-kanak dan Perkembangan Manusia Kebangsaan AS, Dr. Duane Alexander berkata: "Hasil kajian membolehkan saintis mencari jalan menghapuskan salutan virus demam." - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan