Rawatan pelik itu yang disiarkan menerusi majalah New Scientist didapati berkesan memperdayakan minda kononnya tangan atau kaki mereka sedang diurut sekali gus merangsang sel saraf di dalam otak menjadi aktif.
Terapi ini bagaimanapun kata pakar, hanya berkesan selagi otak masih menyangka ilusi yang dilihat itu adalah benar. Ini kerana saraf cermin dalam otak akan bertindak apabila seseorang membuat tindakan berniat.
Penyelidik di Universiti California San Diego berkata, lazimnya manusia tidak akan merasai kelakuan orang lain kecuali sel deria memberi isyarat baru seolah-olah perbuatan itu terus berkenaan dengan diri mereka.
Dalam kajian itu, saintis Dr. Vilayanur Ramachandran menjalankan terapi ke atas ramai bekas askar yang kudung anggota dengan diperlihatkan sebuah kotak cermin memaparkan aksi urutan untuk memperdayakan otak.
Hasilnya, sukarelawan diuji itu memberi reaksi positif termasuk cuba menyentuh cermin tersebut dan lebih menarik, mereka mendakwa hilang perasaan sakit pada anggota yang cacat antara 10 dan 15 minit.
Ramachandran mendakwa, kaedah itu juga sesuai untuk membantu pesakit angin ahmar kembali pulih dan mampu bergerak semula selepas otak mereka diperdayakan apabila menyaksikan aksi urutan demikian. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan