Isnin, 24 Mac 2008

Queen kembali selepas 13 tahun

NEW YORK - Kumpulan rock legenda Queen yang terkenal dengan panggilan The Cosmo Rock bakal melancarkan album terbaru mereka selepas menyepikan diri selama 13 tahun.

Namun kumpulan itu menampilkan menggantikan penyanyi vokal utama Paul RodgersFreddie Mercury yang meninggal dunia lewat 1991 lalu. Album terakhir Queen, Made in Heaven hadir pada 1995 yang mengandungi lirik lagu dan dirakamkan Mercury sebelum kematiannya.

Queen dijangka beraksi pada konsert jelajah di 14 buah negara Eropah bermula September ini. Terkenal dengan lagu Killer Queen, mereka akan menjelajah Britain, Rusia, Jerman, Belgium, Perancis, Itali, Switzerland, Republik Czech dan Austria.

Pemain gitar Brian May, pemain drum Roger Taylor dan Rodgers menulis material untuk album itu pada akhir tahun lalu dan tahun ini. Ia akan dilancar secara rasmi pada 1 September.

John Deacon, pemain bas yang bersara dari dunia muzik akhir 1990, tidak akan terlibat dalam jelajah itu. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan