Laporan akhbar Financial Times menyebut, pinjaman berjumlah £1.3 bilion (RM8.84 bilion) itu, yang digunakan untuk mengubah Berek Chelsea menjadi pangsapuri mewah, hotel dan spa, menunjukkan bagaimana kekayaan Asia Barat semakin digunakan untuk membiayai perniagaan di Britain.
Bulan lalu, Aston Martin menyelesaikan perjanjian berasaskan Islam pertama membeli sebuah syarikat beribu pejabat di Britain, dalam urus niaga bernilai £522 juta (RM3.5 bilion) yang dijalankan menurut syarat hutang Syariah, yang menyaksikan pelabur perlu dibayar dengan keuntungan atau sewa berbanding faedah.
Pemaju, Nick dan Christian Candy serta kerajaan Qatar membuat pengumuman Januari lalu mereka membeli kawasan seluas 5.12 hektar di antara kawasan eksklusif Dataran Sloane di London dan Sungai Thames dari Kementerian Pertahanan, menamatkan kaitan hampir 150 tahun berek itu dengan tentera.
"Ini akan membuka mata orang ramai untuk menggunakan pembiayaan Islam bagi membantu perniagaan di Britain. Ia menunjukkan dengan sedikit imaginasi dan kreativiti, kewangan Islam boleh digunakan untuk pelbagai jenis aset, termasuk pembangunan kompleks seperti ini. Kita pasti akan melihat lebih banyak perjanjian seperti ini," kata Mark Payne, rakan kongsi di Clifford Chance, firma undang-undang antarabangsa yang mengatur perjanjian itu.
Pembangunan itu adalah langkah utama oleh adik beradik Candy, seperti diumumkan dalam ketidaktentuan pasaran hartanah walaupun harga kediaman masih terapung. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan