Selasa, 11 Mac 2008

Burung pupus ditemui semula

LONDON 8 Mac – Burung Beck Petrel atau nama saintifiknya Pterodroma becki yang dikatakan telah “pupus” sejak 80 tahun lalu, ditemui semula di Papua New Guinea, baru-baru ini.

Gambar burung laut itu berjaya dirakam oleh seorang ahli ornitologi iaitu pakar dalam kajian mengenai burung di Pulau Birmack, sebuah pulau di timur laut Papua New Guinea.

Hadoram Shirihai, saintis dari Israel yang mengetuai ekspedisi mencari burung itu berjaya merakamkan lebih 30 keping gambar dan menyiarkannya dalam buletin Kelab Ornitologi Britain.

Burung berbulu coklat gelap pada badannya itu pada mulanya disangka sebagai burung Tahitian Petrel iaitu satu daripada 66 jenis petrel tetapi spesies berkenaan mempunyai saiz badan yang lebih kecil dari Tahitian.

Dikategorikan haiwan yang terancam apabila kali terakhir dilihat pada tahun 1929.

Shirihai membezakan data burung Beck yang dikumpulkan oleh Rollo Beck pada 1920-an.

Pakar ornitologi sebelum ini cuba mencari spesies burung berkenaan di merata-rata tempat termasuk di Eropah, Asia Barat dan Afrika. Utara. – AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan