/

Kajian dapati paracetamol punyai kesan buruk

Kajian mendapati, pengambilan paracetamol sebagai ubat penahan sakit tidak memberi kesan, malah boleh mengakibatkan beberapa kesan buruk.
 
LONDON, 13 Ogos 2014 - Penyelidik perubatan menganggap ubat tahan sakit paling popular, paracetamol tidak begitu berkesan seperti mana yang dianggap banyak pihak, malah turut mempunyai kesan sampingan buruk.
 
Beberapa siri kajian mengaitkan ubat tahan sakit itu dengan kesan sampingan yang serius termasuk asma, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau lebih dikenali 'attention deficit hyperactivity disorder' (ADHD) dan mungkin mengakibatkan masalah jantung dan buah pinggang.
 
Bukti yang ditemukan mencetuskan amaran daripada pemerhati kesihatan di Britain dan Amerika Syarikat (AS) terhadap doktor supaya tidak kerap memberikan paracetamol kepada pesakit, lapor Mail Online.
 
Keadaan itu, bagaimanapun mengundang pertikaian dalam kalangan profesional perubatan yang merasakan, tanpa ubat tahan sakit itu di peti simpanan perubatan, mereka tidak mempunyai apa-apa ubat untuk merawat jutaan pesakit.
 
Sementara itu, timbul andaian yang mendakwa bagi beberapa penyakit, ubat itu sebenarnya tidak begitu baik berbanding plasebo.
 
Bagaimanapun, paracetamol sehingga kini masih dianggap sebagai alternatif kepada mereka yang tidak boleh mengambil ubat antiradang tanpa steroid (NSAIDs) seperti ibuprofen.
 
Penyelidik di Universiti Sydney menjalankan kajian ke atas lebih 1,650 responden yang menderita sakit belakang dan pelbagai penyakit lain dalam tempoh kira-kira enam minggu.
 
Satu pertiga responden diberikan dos harian paracetamol, satu pertiga lagi diberi ubat biasa dan satu pertiga lagi diberikan pil plasebo dengan kesemua mereka secara purata mengambil masa selama 17 hari untuk pulih.
 
Dr. Christopher Williams yang mengetuai kajian itu berkata, keputusan itu mengandaikan bahawa pakar perubatan perlu menimbangkan semula cadangan popular iaitu memberikan paracetamol sebagai ubat awal kepada rawatan sakit belakang.
 
Dalam perkembangan berasingan, jurnal JAMA Pediatrics dalam laporannya pada Februari lalu mengeluarkan amaran bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menggunakan ubat tahan sakit semasa mengandung, berisiko mengalami ADHD dan beberapa masalah lain. - Agensi
 
 
Tanpa Nama , Isnin, Ogos 18, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Tanpa Nama

EXECUTIVE DERECTOR :: Saya, Blogger Tanpa Nama, Lihat atas, Lihat Bawah, Lihat Belakang, Lihat Depan, teruskan perjalanan ini, Itulah wajah kehidupan kita di atas muka bumi ALLAH ini..
((((((( 'The unKnown' / 'The Blog Noname' )))))