Kajian mendapati, pengambilan paracetamol   sebagai ubat penahan sakit tidak memberi kesan, malah boleh mengakibatkan   beberapa kesan buruk.
  LONDON, 13 Ogos 2014 - Penyelidik perubatan menganggap   ubat tahan sakit paling popular, paracetamol tidak begitu berkesan seperti mana   yang dianggap banyak pihak, malah turut mempunyai kesan sampingan buruk.
  Beberapa siri kajian mengaitkan ubat tahan sakit itu dengan kesan sampingan   yang serius termasuk asma, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau   lebih dikenali 'attention deficit hyperactivity disorder' (ADHD) dan   mungkin mengakibatkan masalah jantung dan buah pinggang.
  Bukti yang ditemukan mencetuskan amaran daripada pemerhati kesihatan di   Britain dan Amerika Syarikat (AS) terhadap doktor supaya tidak kerap memberikan   paracetamol kepada pesakit, lapor Mail Online.
  Keadaan itu, bagaimanapun mengundang pertikaian dalam kalangan profesional   perubatan yang merasakan, tanpa ubat tahan sakit itu di peti simpanan perubatan,   mereka tidak mempunyai apa-apa ubat untuk merawat jutaan pesakit.
  Sementara itu, timbul andaian yang mendakwa bagi beberapa penyakit, ubat   itu sebenarnya tidak begitu baik berbanding plasebo.
  Bagaimanapun, paracetamol sehingga kini masih dianggap sebagai alternatif   kepada mereka yang tidak boleh mengambil ubat antiradang tanpa steroid (NSAIDs)   seperti ibuprofen.
  Penyelidik di Universiti Sydney menjalankan kajian ke atas lebih 1,650   responden yang menderita sakit belakang dan pelbagai penyakit lain dalam tempoh   kira-kira enam minggu.
  Satu pertiga responden diberikan dos harian paracetamol, satu pertiga lagi   diberi ubat biasa dan satu pertiga lagi diberikan pil plasebo dengan kesemua   mereka secara purata mengambil masa selama 17 hari untuk pulih.
  Dr. Christopher Williams yang mengetuai kajian   itu berkata, keputusan itu mengandaikan bahawa pakar perubatan perlu   menimbangkan semula cadangan popular iaitu memberikan paracetamol sebagai ubat   awal kepada rawatan sakit belakang.
  Dalam perkembangan berasingan, jurnal JAMA Pediatrics dalam   laporannya pada Februari lalu mengeluarkan amaran bahawa bayi yang dilahirkan   oleh ibu yang menggunakan ubat tahan sakit semasa mengandung, berisiko mengalami   ADHD dan beberapa masalah lain. - Agensi
  
                        , 
Isnin, Ogos 18, 2014
                        | 
0
komentar ::
Blog Gadgets

Blog GadgetsTerima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
 The Blog 2x5 

Anda sedang membaca artikel tentang Kajian dapati paracetamol punyai kesan buruk  silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "