TAHUKAH anda, mengambil prun sebenarnya dapat membantu diet anda menjadi lebih mudah.
1 Jun 2014 - Menurut penyelidik di Universiti Liverpool, Jo Harrold, individu memakan prun akan berasa cepat kenyang kerana kandungan serat yang tinggi dalam buah plum dikeringkan tersebut.
Kajian dilakukan ke atas 100 lelaki dan wanita yang mengalami obesiti menunjukkan penurunan berat badan kira-kira 2 kilogram selain ukuran pinggang mereka berkurangan kepada 2 sentimeter selepas mengambil prun dalam tempoh tiga bulan.
"Saya menasihatkan mereka yang mahu mencuba diet ini supaya mengambil prun dalam kuantiti kecil bagi mengelakkan masalah penghadaman," katanya.
Selain itu, Harrold berpendapat buah-buahan kering lain seperti kismis turut memberi faedah sama seperti prun. - Daily Mail

Tiada ulasan:
Catat Ulasan