Isnin, 23 Jun 2014

Labah-labah tangkap, makan ikan

SEEKOR labah-labah dirakam sedang makan ikan yang ditangkapnya.
 
LONDON, 22 Jun. - Labah-labah lazimnya memakan serangga tetapi saintis mendapati pemangsa berkaki lapan itu turut membunuh dan memakan ikan, lapor sebuah akhbar Britain baru-baru ini.
 
Laporan mengenainya yang disiarkan jurnal PLOS ONE menyatakan, saintis-saintis telah merekodkan lebih 80 kejadian labah-labah separa akuatik itu menangkap dan memakan ikan kecil di sungai.
 
Spesies berbisa itu juga mampu membunuh ikan yang lima kali ganda lebih besar daripada saiznya.
 
Labah-labah pemakan ikan boleh ditemui di setiap benua di dunia kecuali Antartika. - Agensi
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan