Bangkok, 21 Jun 2014 - Universiti Teknologi Raja Mongkut Thonburi (KMUTT) dan Universiti Mahidol menjadi kebanggaan Thailand apabila disenarai sebagai antara 100 pusat pengajian tinggi terbaik Asia menurut agensi Times yang dikeluarkan kelmarin.
KMUTT menduduki tempat ke-50 manakala Universiti Mahidol berada di tangga ke-82.
Universiti terbaik di Asia menjadi milik Universiti Tokyo, manakala bagi rantau Asia Tenggara, ia milik Universiti Nasional Singapura yang turut menduduki tangga kedua universiti terbaik Asia.
Daripada 100 markah penuh yang diberikan melalui penilaian lima aspek - antaranya pengajaran, wawasan antarabangsa dan penyelidikan - KMUTT mendapat sebanyak 33 markah manakala Universiti Mahidol pula mendapat 26.7 markah.
Lima nilai yang dimilikinya termasuk komitmen mencari pengetahuan dan dan keazaman untuk berada di barisan hadapan bidang teknologi.
KMUTT juga sedang berusaha untuk menjadi institut pengajian tinggi bertaraf dunia.
Jepun mendominasi senarai dengan 20 buah universiti tersenarai diikuti China (18), tidak termasuk enam buah pusat pengajian yang berpangkalan di Hong Kong. - Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan