/

Menara kawalan KLIA2 diiktiraf tertinggi di dunia

DATUK Seri Hishamuddin Tun Hussein (duduk, dua kiri) bersama Datuk Azharuddin Abdul Rahman (berdiri, tiga kiri) menyaksikan dua pesawat pertama MH402 dan MH604 mendarat di landasan KLIA2 ketika menghadiri Majlis Penyerahan Menara Kawalan Trafik Udara, KLIA2 antara Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Sepang di sini hari ini. - KOSMO!/RASHID MAHFOF
 
SEPANG, 24 April 2014 - Menara kawalan trafik udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai menara kawalan tertinggi di dunia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
 
Beliau berkata, menara berketinggian 141.3 meter dan mempunyai 33 tingkat itu mengatasi menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhune, Thailand yang berketinggian 132.2 meter.
 
"Tarikh pembinaan menara tersebut adalah pada 1 Mei 2012 dan siap 10 bulan selepas itu iaitu 1 Mac 2013 dan mula digunakan pada 4 April lepas iaitu sebulan awal bagi membolehkan Pengawal Trafik Udara membiasakan diri dengan operasi KLIA2," katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis penyerahan menara tersebut dari Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada DCA oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di bilik kawalan utama iaitu tingkat 33 menara berkenaan.
 
Pada majlis itu, Hishammuddin turut menerima sijil pengiktirafan tersebut daripada wakil Guinness World Record serta Malaysia Book Of Records selain menyaksikan pendaratan pertama membabitkan dua pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH604 dan MH402 di KLIA2. - Bernama
 
 
Harjan Milosevic , Khamis, April 24, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Harjan Milosevic

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog